Fandi
Sebagai guru saya terpanggil untuk memetik beberapa penyataan yang saya jadikan pegangan dalam menjalankan amanah yang dipertanggujawabkan di bahu saya. Kini saya ingin berkongsi kembali andai ada yang sudi memberi pandangan….

Ungkapan berbunyi;
.....memikirkan tentang pendidikan adalah memikirkan tentang isu-isu utama dalam kehidupan manusia, memikirkan tentang tujuan-tujuan pendidikan pula memikir tentang rupa bentuk wajah manusia, jenis keterampilan, jenis matlamat yang paling sesuai untuk menjelmakan kesejahteraan sosial dan kualiti tamadun budaya...
.....membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi kepada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap...

If a child lives with experience and friendship,
He learn to find love in the world,
If a child lives with encouragement,
He learns confidance,
If a child lives with approval,
He learns to like himself,
If a child lives with critism,
He learns to condem,
If a child lives with hostility,
He learns to fight,
If a child lives with ridicule,
He learns to be shy,
If a child lives with shame,
He learns to feel guilty…

“Seorang guru yang berjiwa ikhtisas memandang lapangan perguruan bukan dengan kacamata hendak mendapat gaji dan mendapat cuti setiap penggal, tetapi memandangnya dengan kacamata mahu berkhidmat, berbakti dan berjasa kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, khidmat guru bukanlah terhad kepada batasan jam, hari dan minggu. Tugas seorang guru tidaklah terhenti apabila murid-murid tidak berada dihadapannya di dalam bilik darjah. Seorang guru yang berjiwa ikhtisas sentiasa mengingati kepentingan murid-muridnya di mana-mana ia berada. Inilah bezanya di antara seorang guru dengan seorang yang bekerja sebagai guru”


Pendidik Hari Ini
Untuk Hari Esok
Hamdan Sheikh Tahir
(1979), ms. 146
Labels: edit post
0 Responses