Fandi

Hidup ini umpama suatu pelayaran, selagi layar dikembangkan, kita sentiasa menghadapi rintangan dan dugaan disepanjang perjalanan…

Untuk meneruskan perjalanan hidup, ada ketika caranya perlu berubah lantaran halangan yang merintang”

“…Bahan-bahan ujian Allah kepada manusia itu merangkumi dua coraknya: iaitu kebaikan dan keburukan. Kebaikan atau keburukan, kesenangan atau kesusahan, kenikmatan dan penderitaan, kegembiraan atau kedukaan, kesemuanya adalah ujian Allah ke atas hambanya”.



Apakah Stres/Tekanan ?

Ditakrifkan sebagai sesuatu yang dirasai sebagai tidak enak serta membebankan diri kita, diikuti dengan pelbagai perasaan yang tidak menggembirakan.

Bagi insan kita pasti…

Tertekan dengan masalah kerjaya….?
Hubungan dalam keluarga …?
Menghadapi masalah tidur atau pun tidur yang tidak lena?
Merasa bimbang tentang masa depan ….?
Merasa tertekan untuk membahagi masa seharian …?
Kerap merasa kurang bertenaga dan sentiasa mengantuk ?
Sentiasa tidak cukup masa untuk menyiapkan keja dalam masa yang singkat
Malah ada seribu satu macam masalah yang mungkin terpaksa kita fikir dan hadapi...


Strategi menguruskan Stress

STRATEGI 1
Membuat semakan tentang tahap stres anda
dan Memahami punca-punca dan kesan stres stres

STRATEGI 2
Mengenal pasti teknik bagi mengurus stres anda

STRATEGI 3
Menjadikan stres sebagai sumber motivasi

STRATEGI 4
Mengguna pakai teknik pengurusan stres

Mengenalpasti masalah
Mempelbagai segala bentuk kemungkinan
Menilai setiap kemungkinan
Memilih alternatif terbaik
Merancang bentuk tindakan
Menilai kekuatan dan kelemahan

Antara punca-punca
Sifat Peribadi
Mementingkan kesempurnaan (Perfetionist) & terlalu cerewet
Bercita-cita tinggi
Bersikap buruk sangka, mengumpat, bergaduh dan mengadu domba
Pemarah dan terlalu tegas
Pendiam dan sering memendam perasaan
Kekecewaan dan kegagalan
Kesunyian dan kehilangan

Keluarga
Kerenah pasangan/ibubapa/anak-anak
Campur tangan orang ketiga
Kurang berkomunikasi
Masalah kewangan

Tempat Kerja
Beban tugas yang berat
Ketua yang cerewet
Masalah orang bawahan
Sukar membuat keputusan
Pencapaian kumpulan sasaran merosot
Masalah rakan sekerja
Persekitaran tempat kerja

Bagi golongan pelajar...
Prestasi akademik
Kemahiran belajar
Persediaan belajar kurang
Harapan ibu bapa/ keluarga
Masalah dengan rakan
Sukar membuat keputusan
Persekitaran
Beban tugasan oleh guru

Faktor lain yang mungkin...
Bahan Kimia
Pengambilan ubat-ubatan
Dadah/ rokok
Alkohol
Masalah Kesihatan
Sakit kepala
Sakit belakang
Penyakit kulit
Darah tinggi
Sembelit

Kesan dari Stress
Konflik Diri (Negatif)
Putus asa
Membenci orang lain
Buruk sangka
Mengumpat
Merasa diri dibenci
Pesimis
Tidak berupaya membuat keputusan
Sedih dan kecewa
Cepat letih
Potensi Diri (Positif)
Memperbaiki Kelemahan
Melahirkan daya kreatif
Meningkatkan keyakinan diri,
dapat muhasabah diri.
Meningkatkan prestasi
Mematangkan fikiran
Lebih bertanggungjawab dan membaiki kelemahan

Tips kaedah menguruskan Stress

- Kenal pasti masalah yang menyebabkan anda stress
- Kenal pasti dan ambil langkah-langkah mengatasi masalah stress
- Tidak putus asa dengan usaha yang dilakukan
- Jangan menyalahkan orang lain – ini akan meningkatkan stres
- Meluahkan perasaan kepada orang yang dipercayai
- Memupuk disiplin diri – bersikap jujur pada diri sendiri dan mengakui kesilapan dan kelemahan diri
* Menjauhi diri dari orang yang boleh meyebabkan anda stress
* Amalkan cara hidup sihat – jaga diet anda
* Berpegang teguh dengan ajaran agama. Ia akan memberi ketengangan dan kedamaian dalam hidup anda
* Berkawan dengan orang-orang yang berfikiran positif
* Berpegang kepada landasan “bukan semua matlamat akan berhasil dengan sempurna, tetapi kita sentiasa berusaha ke arah kesempurnaan”
* Bersikap optimis – berfikiran positif dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan

Tips mengurangkan Stress
Rehatkan diri anda mengikut keselesaan anda
Mendengar muzik atau beriadah
Gunakan teknik aroma therapy – wangi-wangian
Jaga kesihatan mental dan fizikal anda
Lakukan senaman dan urutan pada leher dan bahu
Pastikan anda sentiasa tersenyum dan ceria
Genggam jemari anda dengan kuat dan buka genggaman serentak dengan hembusan nafas
Rasionalkan diri- Tidak ada seorangpun yang terkecuali dari menghadapi masalah
Maafkan kesalahan orang- orang yang menyebabkan anda tertekan
Perbanyakkan minum air mineral/suam
Makan makanan yang mengandungi vitamin C

Petua Meditasi
Duduk diam di dalam keadaan selesa tanpa gangguan
Tutupkan kedua-dua belah mata
Relekskan otot-otot, daripada kaki hingga ke muka anda.
Bernafaslah melalui hidung dandengan perlahan-lahan, cuba rasa bagaimana udara memasuki lubang hidung, sebaik-baik sahaja hembuskan nafas melalui hidung, sebut ‘satu’(tarik dan hembuskan nafas secara perlahan-lahan), dan diulangai secara perlahan-lahan.
5. Biarkan fikiran ‘ menjelajahi’ atau ‘menerokai alam semesta ini,fikirkan
sesuatu yang indah dan enak serta mengasyikkan.
6. Sebaik-baik sahaja anda ‘sedar’ akan penerokaan fikiran anda, kembali
semula kepada ransangan asal, iaitu perkataan ‘satu’, ‘ satu’ dan ‘satu’
7. Selepas beberapa ketika, duduk diam dan perlahan buka mata anda
sekiranya anda merasa releks, ringan dan tenang.
Ulangi langkah-langkah 1-7 jika perlu. (perkataan ‘satu’ boleh diulangi
dengan nama ‘Allah”).

8. Sekali – sekala pergi bercuti
Kunjungi tempat-tempat yang manarik
Dengan merehatkan diri bersama keluarga sekurang-kurang dapat mengembalikan


semangat untuk bekerja
9. Perbanyakkan aktiviti agama
10. Menangis untuk menstabilkan emosi
11. Berdoa dan terus berusaha


Pemikiran yang tidak rasional


“Saya mesti kelihatan sempuna dan berjaya setiap masa”


Mesti dirombak kepada:

“Saya berusaha meminimumkan kesilapan dan akan melakukan yang terbaik untuk

berjaya”


Dijadikan ayat baru:


“Apabila berpeluang, saya melakukan yang terbaik. Tetapi apabila ia berlaku, saya

hanyalah manusia. Saya merasa gembira apabila saya berjaya dalam sesuatu aktiviti,

tetapi sekiranya saya mencapai 65-75% daripada maksud atau matlamat yang ingin

dicapai, saya berpuashati dan akan berusaha dengan lebih kuat di masa akan datang”.



Sewaktu kekusutan fikiran, tenangkan perasaan, jauhkan pemandangan ke ufuk jauh yang membawa harapan.

Kegelapan ada Lima macam dan Lampu baginya pun ada lima macam:


Percintaan dunia adalah gelap dan lampunya ialah takwa
Segala rupa maksiat adalah gelap dan lampunya adalah taubat
Kubur adalah gelap dan lampunya ialah ibadat.
Akhirat adalah gelap dan lampunya ialah amalan yang soleh.
Jambatan akhirat adalah gelap dan lampunya ialah yakin.


Yang pipeh tidak datang melayang,
Tidak datang bergolek,
Akal tidak sekali datang ,
Runding tidak sekali tiba.

Betapa indahnya jika kita dapat melihat apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita daripada apa yang kita lihat itu sebagai “ bicara Allah buat hambaNya tentang makna KESABARAN, KEIKHLASAN dan KEJUJURAN serta KETULUSAN HATI . Justeru di sini jualah kita dapat melihat betapa tinggi dan sucinya nilai cinta Allah…

Pujangga ada menyatakan;

"... Jika hati yang baik diserah kepada kekasih ( insan ) nescaya hati itu akan terluka atau hancur. Namun sekiranya hati yang terluka dan hancur diserah kepada Allah pasti akan terawat dan kembali pulih dan bahagia..."

Labels: edit post
0 Responses