Fandi
Ku cari cinta di tepi arus yang mengalir lesu
ditepi ombak berdesir sayu
membelah kehijauan lurah yang memuncak
di awan lalu kubacakan ayat cintamu
satu persatu dalam suara perindu
kerana aku tidak mampu mengetuk pintu
yang terbuka dalam nafas yang berderu hening

Kukejar cinta di puncak
Kukecapi kasih di persimpangan
Kuratapi kasih di penghujungan
Lantaran kuungkapkan rantaian rindu berpamitan

Dalam irama seruling bambu
merisik merungkai bisikan untaian makna
bertimpa nada ragu
kerana cinta di menara cahaya
mencari erti hak dan hakiki
mencari beda realiti

Bukan menagih rasa simpati
Bukan membogkar rahsia mimpi
Bukan berlari di lautan sepi
Sekadar berbicara pada ungkapan yang belum selesai
Demi CINTA yang abadi...
0 Responses