Fandi
Cinta seusia dunia,
Kerana cinta dunia terjelma,
Cinta sebagai rahmat dan nikmat Illahi...
Namun dalam kenikmatan ada terselit semacam penyakit yang
boleh membawa penderitaan dan kesengsaraan...

Walaupun cinta terkadang umpama penyakit ganjil bagi yang dihidapinya...
tetapi tidak pula ingin dilepaskannya...

CINTA - walaupun sedikit tetap menuntut pengorbanan....
Soalnya apakah ukuran pengorbanan itu?
Apakah bukti ketulusan dan kejujuran?
Bahagiakah maknanya CINTA yang terbina pada pengertian sebuah perkahwinan?

Yang pasti kita tidak berbicara tentang CINTA TERLARANG,
Namun mengenal erti CINTA ABADI...

Jangan diukur untung dan rugi pada bukti sebuah cinta,
Tapi renunglah pada pengertian MEMBERI dalam erti cinta...
Kejujuran, ketulusan, keikhlasan akan terbukti membahagiakan bagi insan PENCINTA walau mata yang memandang melihat derita.

CINTA sebenar harus terbit daripada emosi dan naluri fitrah manusia...
Namun ia lahir juga dengan sandaran rasional dan wujud kesedaran diri terhadap asas cinta tersebut. Tanggungjawab yang mengiringi rasa cinta serta kesan yang bakal lahir daripada usaha mematerialisasikan perasaan cinta seumpamanya. Cinta ini dianggap mempunyai "Sense of begin with the end in mine"

Rumahtangga dibina bukan sekadar atas dasar cinta, tetapi juga kesetiaan dan perasaan saling mempercayai...

CINTA ABADI adalah CINTA ILLAHI, maka mekarkanlah rasa cinta dan kasih sayang atas rasa kehambaan....
2 Responses
  1. Itu kisah CINTA ABADI, kalau CINTA ADABI pula macam mana?


  2. Fandi Says:

    Cinta kepada ALLAH lebih bermakna dan mendamaikan...