Fandi
Setiap insan punya cerita suka dan duka, namun pengalaman itu tetap menggamit rasa...
memupuk kerinduan buat mereka yang pernah hadir dalam hidup kita.

Kisah ini berlaku ketika saya menjalani kursus perguruan di maktab perguruan di Terengganu. Kejadian menimpa tanpa diduga, kami dilanda masalah ketiadaan air akibat tangki utama tersumbat dan beberapa masalah teknikal yang tak dapat difahami. Masalah ini berlarutan selama 2 minggu.
Pada minggu pertama ketika masalah melanda kami terpaksa berbondong-bondong mencari telaga di kawasan rumah penduduk berdekatan. Setiap pelatih terpaksa bangun seawal jam 4.00 pagi untuk tidak menghadapi masalah menggunakan telaga untuk mandi... Maka berjalanlah kumpulan-kumpulan pelajar secara berkumpulan dengan berselimutkan kain pelekat atau tuala di kepala...terkadang sukar membezakan antara jejaka maktab dan anak-anak dara tuan rumah yang punya telaga... Pernah juga timbul kekalutan apabila para pelatih bertembung dengan anak dara yang sedang mandi ditelaga tersebut.
Akhirnya, setelah pelbagai masalah timbul, saya dan beberapa orang kawan membuat keputusan untuk mencari alternatif bagi mengatasi masalah ini. Kami memutuskan untuk mandi di sebuah kolam di dalam kawasan maktab tersebut. Dengan perasaan gembira dan penuh semangat kami terus mandi di situ tanpa memikirkan sebarang permasalahan. Maklumlah segala kerumitan dapat diatasi, kami tak perlu lagi bangun awal pagi dan berjalan jauh..malah kami lebih seronok kerana dapat berenang dan menyelam dengan selesa.
Begitulah kami, hari demi hari selama ketiadaan air....sehingga tiba kepada hari yang menggemparkan...
Ketika kami asyik bersantai dan bermandi-manda, lalulah seorang hamba Allah lalu bertanya, " Demo wat gapo, cari ike ko?" Kami pun menjelaskan, " Kami mandi Pok Soh, dah seminggu lebih takde air". Dengan penuh hairan di bertanya lagi, "Mandi..! demo tau dok air ni dari mano?. Kami pun terpingga-pingga dan cuba mendapatkan penjelasan dari Pok Soh. Setelah, dijelaskan oleh Pok Soh, fahamlah kami bahawa sumber air kolam itu di salurkan dari kawasan sistem kumbahan perumahan staff berdekatan. Bukan kami tak tahu sebelum ini tetapi terlupa apabila ditimpa masalah yang melanda.
Sambil berlalu dari situ, salah seorang kawan saya berkata, "nasib baik aku guna untuk berus gigi je, kalau buat bancuh teh.....
Lantaran, kejadian itu glamour lah kami di seluruh maktab sebagai mangsa di danau sepi... Lebih hebat lagi berita pelatih mandi di kolam sistem kumbahan tersiar di akhbar utama.
Buat teman-teman senasib...., ambo ok lagi tak tercemar dan masih suci....
3 Responses
  1. Kalau INDAH WATER tahu mesti diambil semua yang mandi tu jadi Maskot!


  2. Fandi Says:

    Masa tu INDAH WATER tak dok lagi... Tapi rahmatnya semua yang pernah mandi di kolam tu tak tumbuh jerawat di kaki....


  3. Anonymous Says:

    Ji, tu lah..air yang tenang jangan disangka takde **** hehe