Fandi
Pengalaman ini adalah untuk dikongsi bersama bagi yang berhasrat ke Tanah Suci Makkah.

Segala cerita bukan bermaksud berbangga diri atau riak dan takkabur....namun andai terpalit jua rasa demikian...kepadaMu ya Allah ku pohon keampunan...Harapan saya semoga apa yang diceritakan ini dapat mengilhamkan sesuatu bagi mereka yang akan ke Tanah Suci dan mengembalikan kerinduan hati untuk menggunjungi Baitullah dan Makam Rasullullah serta menikmati rasa damai ketika bermunajat di Raudhatul Jannah.



Dalam menunaikan ibadah haji kita perlu membuat persediaan asas seperti;



a. Niat yang betul dan ikhlas

Seperti yang biasa kita dengan bahawa sesuatu perkara yang hendak dilakukan mestilah

dengan niat yang benar-benar ikhlas. Pengalaman saya niat untuk menunaikan ibadah

haji bukanlah dibuat semata-mata di saat kita hendak memulakan perjalan ke Tanah

Suci. Sebaliknya niat itu mesti dimulakan apabila kita telah bersedia untuk memulakan

tabungan bagi menunaikan haji.

b. Sumber kewangan

Dalam usaha menabung bagi menunaikan ibadah haji kita tak perlu menunggu sehingga

kita mempunyai kedudukan kewangan yang mantap atau berpendapatan besar.

Sebaliknya apabila kita sudah mula mendapat sumber pendapatan maka mulalah

menabung biarpun cuma RM 10 sebulan. Sesungguhnya rahmat yang Allah turunkan

kepada orang yang gigih itu lebih besar maknanya berbanding orang yang kurang diuji

dengan permasalahan.

c.Ilmu yang mantap

Untuk melakukan ibadah yang sempurna kita mestilah mempunyai ilmu yang benar-

benar mantap berhubung dengan apa yang hendak kita kerjakan. Ilmu yang

dimaksudkan tidak terbatas kepada ilmu Fardhu Haji tetapi juga melibatkan ilmu-ilmu

kemahiran mengurus diri, mengurus kewangan dan ilmu berkomunikasi yang berkesan.

Untuk tujuan ini lebih mudah bagi kita mengikuti kursus-kursus haji yang dianjurkan

oleh pihak Tabung Haji dan menimba pengalaman daripada mereka yang pernah

menunaikan haji. Namun harus diingat setiap orang mempunyai pengalaman berbeza

dan terimalah pada apa yang positif. Sedapatnya elakkanlah berfikir tentang sesuatu

yang negatif tentang Tanah Suci yang Allah sentiasa memeliharanya.



d. Kesihatan diri

Menjadi perkara yang sangat penting untuk kita mempunyai badan yang sihat dalam kita menunaikan ibadah haji. Saya bersyukur kerana Allah telah memberi ruang dan peluang untuk saya berkunjung ke Tanah Suci dalam usia seawal ini... dari situlah saya dapat melihat betapa perlunya badan yang sihat dan minda yang sihat untuk kita beribadat kepada Allah.

Untuk berkongsi tentang pengalaman seterusnya
Labels: edit post
2 Responses
  1. Kalau semua dah cukup, tapi Tabung Haji kata tunggu dulu, ikut giliran. Doh guano?


  2. Fandi Says:

    InsyaALLAH jika tiba masanya pasti kita akan dibukakan jalan untuk ke sana. Apa yang penting sekurang kurangnya kita telah berusaha dan terlepas dari tidak berniat untuk menunaikan kewajipan tersebut. Sebagai insan kerdil kita hanya mampu berikhtiar dan segala ketentuan milik Illahi. Saya doakan agar niat Pak Man akan segera termakbul... InsyaALLAH.