Showing posts with label Aljannah. Show all posts
Showing posts with label Aljannah. Show all posts
Fandi
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan terusik dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering berselawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

%%%%%%%%%%%%%%%%%
Fandi
Sering kita dengar orang mencari kebahagian dalam hidup mereka dengan pelbagai cara dan usaha…Misalnya kata mereka,

“…..bekerja keras mencari sumber rezeki dan mempertingkatkan sumber pendapatan. Bila duit banyak hidup akan senang dan boleh beli apa yang dikehendaki. Pokoknya mesti ada wang…!

“….hidup senang bila ada keluarga dan anak-anak boleh membantu ibu bapa. Kalau anak berjaya, bergaji besar pasti boleh bantu ibu bapa. Ibu bapa yang sakit dan uzur akan diupah pembantu menjaga mereka atau dihantar ke hospital. Kadang-kadang ada juga anak-anak yang menghantar ibubapa mereka ke rumah warga tua…Namun anak ini, anak yang mengenang budi.

“…..hidup senang apabila tidak berhutang dan punyai asset kehidupan yang mantap. Jika meninggal sekalipun keluarga takkan susah malah terjamin dari genarasi ke genarasi.

“….hidup senang bila tidak menyusahkan atau menagih simpati daripada orang lain.Apa yang dikehendaki mampu diusahakan sendiri”

“…hidup senang apabila mempunyai jiwa yang tenang”

Bagaimana untuk memperolehi JIWA YANG TENANG ?
Fandi
Pengalaman ini adalah untuk dikongsi bersama bagi yang berhasrat ke Tanah Suci Makkah.

Segala cerita bukan bermaksud berbangga diri atau riak dan takkabur....namun andai terpalit jua rasa demikian...kepadaMu ya Allah ku pohon keampunan...Harapan saya semoga apa yang diceritakan ini dapat mengilhamkan sesuatu bagi mereka yang akan ke Tanah Suci dan mengembalikan kerinduan hati untuk menggunjungi Baitullah dan Makam Rasullullah serta menikmati rasa damai ketika bermunajat di Raudhatul Jannah.



Dalam menunaikan ibadah haji kita perlu membuat persediaan asas seperti;



a. Niat yang betul dan ikhlas

Seperti yang biasa kita dengan bahawa sesuatu perkara yang hendak dilakukan mestilah

dengan niat yang benar-benar ikhlas. Pengalaman saya niat untuk menunaikan ibadah

haji bukanlah dibuat semata-mata di saat kita hendak memulakan perjalan ke Tanah

Suci. Sebaliknya niat itu mesti dimulakan apabila kita telah bersedia untuk memulakan

tabungan bagi menunaikan haji.

b. Sumber kewangan

Dalam usaha menabung bagi menunaikan ibadah haji kita tak perlu menunggu sehingga

kita mempunyai kedudukan kewangan yang mantap atau berpendapatan besar.

Sebaliknya apabila kita sudah mula mendapat sumber pendapatan maka mulalah

menabung biarpun cuma RM 10 sebulan. Sesungguhnya rahmat yang Allah turunkan

kepada orang yang gigih itu lebih besar maknanya berbanding orang yang kurang diuji

dengan permasalahan.

c.Ilmu yang mantap

Untuk melakukan ibadah yang sempurna kita mestilah mempunyai ilmu yang benar-

benar mantap berhubung dengan apa yang hendak kita kerjakan. Ilmu yang

dimaksudkan tidak terbatas kepada ilmu Fardhu Haji tetapi juga melibatkan ilmu-ilmu

kemahiran mengurus diri, mengurus kewangan dan ilmu berkomunikasi yang berkesan.

Untuk tujuan ini lebih mudah bagi kita mengikuti kursus-kursus haji yang dianjurkan

oleh pihak Tabung Haji dan menimba pengalaman daripada mereka yang pernah

menunaikan haji. Namun harus diingat setiap orang mempunyai pengalaman berbeza

dan terimalah pada apa yang positif. Sedapatnya elakkanlah berfikir tentang sesuatu

yang negatif tentang Tanah Suci yang Allah sentiasa memeliharanya.



d. Kesihatan diri

Menjadi perkara yang sangat penting untuk kita mempunyai badan yang sihat dalam kita menunaikan ibadah haji. Saya bersyukur kerana Allah telah memberi ruang dan peluang untuk saya berkunjung ke Tanah Suci dalam usia seawal ini... dari situlah saya dapat melihat betapa perlunya badan yang sihat dan minda yang sihat untuk kita beribadat kepada Allah.

Untuk berkongsi tentang pengalaman seterusnya