Showing posts with label Teman-berteman. Show all posts
Showing posts with label Teman-berteman. Show all posts
Fandi
Sering diharapkan sesuatu akan berlaku mengikut apa yang kita impikan. Namun bukanlah suatu yang mudah apabila semua itu berlaku di luar kawalan kita. Hakikatnya sedarlah kita bahawa diri kita ini hamba yang tercipta dengan seribu macam kelemahan. Apa yang kita cari sebenarnya suatu yang terlalu ideal dan apa yang kita temui hanyalah suatu realiti dari sebuah kehidupan... maka yang terindah bukan bererti terbaik buat kita...yang terbaik pula bergantung kepada cara kita melihat dan meletakkan nilai padanya... jadikanlah apa yang kita miliki hari ini sebagai yang terbaik sekalipun bukan yang diharapkan. Apa yang penting kita tidak terpinggir dalam mengutip pengalaman dari sebuah perjalanan kehidupan. Tak perlu dilihat pada apa yang difikirkan insan lain tentang kita atau mengharapkan kita dimuliakan kerana kita takkan mampu menjadi insan lain dan bahagia dengan puji-pujian...Kita pasti bahagia pada apa yang bersifat benar dan nyata. Kemuliaan pula hak mutlak Allah s.w.t.
Fandi
Assalamualaikum, buat teman-teman seperjuangan di SK SEMANTAN ULU.
Khabar yang ku terima...mendambakan kerinduan pada saat menghadapi cabaran kita sebagai warga pendidik di sana. Jangan lepaskan peluang ini... rakamkanlah setiap detik peristiwa yang di alami agar suatu hari akan menjadi kenangan bersama kita nanti. Walaupun di kejauhan ini ku tetap bersama kalian mengahayati saat cabaran yang mendatang..... segala yang berlaku ada hikmah dan rahmatNya...,InsyaALLAH.
Fandi
Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara kamu yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan / kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat,kamu yang mengalah.
Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lainterus tersenyum kerana kamu yang memikul kesalahannya ataupun kamu yang menyerah diri walaupun tahu yang kamu tidak bersalah?Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari kamu,adalah menjadi hak kamu untuk tidak meminta maaf. Kami telah mengenalpasti 20 sebab mengapa kamu tidak perlu meminta maaf.

1 - PERASAAN KAMU Apa yang kamu rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak kamu. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang kamu rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin kamu sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Kamu berhak mempertahankan pendapat kamu kerana setiapindividu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kamu menghargaiperasaannya.Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kamu, selain dari diri kamu sendiri.
2 - LEBIH BERKEBOLEHANMungkin gaji kamu lebih tinggi dari kekasihmu ataupun kamu lebihberkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan kamu. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yangtersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaankamu, pedulikan saja!! Kamu harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang kamu miliki dan bersyukur dengankurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu,katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan kamu yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!
3 - MASA LALUJangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah kamu laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang kamu lakukanbergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah kamu lakukan, Jangan cepat tersentuh. Ingat! Kamu tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segalakeputusan adalah terletak di tangan kamu dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan kamu tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?
4 - MENJADI PERHATIANBukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Kamu jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebabtertentu mengapa kamu yang dipilih berbanding dengan orang lain. Kamu tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana kamu yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika kamu ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar kamu berjayamenghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika kamu tidak mahu diridipersalahkan.
5 - MEMUTUSKAN CINTAKalau kamu rasa bukan berpunca dari silap kamu, kamu berhak meminta putus. Untuk apa kamu terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan kamu juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maafkerana perpisahan ini bukanlah yang kamu ingini. Tetapi keadaan yangmemaksa!
6 - BERKATA JUJURKejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Kamu tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri kamu. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salahfaham antara kamu dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada bolehmenerima kejujuran kamu ataupun tidak.
7 - BERTERUS TERANGKita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, kamu sudah tertarik pada orang lain sedangkan kamu baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnyaialah mungkin kamu tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada kamu terus menipu si dia dan diri kamu sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa kamu tidak dapatmenerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada kamuterus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik kamu bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.
8 - TIDAK MENEPATI CITA RASABukanlah perkara yang mustahil untuk kamu mementingkan cita rasakamu sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikaphipokrit andai pasangan yang kamu pilih langsung tidak menepati cita rasa kamu. Sudah tentu kamu mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu kamu sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang kamu impikan. Walaupuntidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciritersebut pada diri sidia.
9 - TERUS BERTANYAUntuk mendapatkan kepastian, tentu kamu harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah kamu tidak akan berpuas hati. Kamu mahu bertanya sehinggalah kamu faham. Jangan rasa bersalah kalau kamu harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan kamu ituboleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.
10- MINTA NAIK GAJI/PANGKATTak salah kalau kamu meminta agar gaji/pangkat kamu dinaikkan setanding dengan usaha yang telah kamu laksanakan selama ini. Sudah tentu kamu berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasidan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau kamu meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, kamujuga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi kamu perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.
11 - MASIH SOLOInilah hidup kamu! Walaupun ada kalanya kamu berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah kamu. Terpulang padadiri kamu sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja.Apa yang penting ialah soal hidup kamu sendiri. Bukan menjadi satukesalahan jika kamu memilih untuk bersendirian. Mungkin kamu perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.
12 - TENTANG KEGEMARANSetiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi kamu. Pertahankan hobi kamu itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.
13 - BIJAK DAN AKTIF Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Iajuga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanyakerana paras rupa. Kamu patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan kamu juga seorang yang aktif.
14 - MEMINTA BANTUANKalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untukberpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan oranglain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau kamu memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang bolehmembantu kamu menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan kamu kerana perkara kecil pun kamu tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!
15 - BUKAN BERPUNCA DARI KAMUAda seorang teman memarahi kamu kerana rahsianya terbongkar,Sedangkan kamu bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut keranabukannya salah kamu. Berterusteranglah pada si dia yang kamu tidakmelakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakannama kamu. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan kamu. Yakinkan dirinya yang kamu seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan kamu benar-benar tidak bersalah!
16 - PANDU BERHATI-HATISalah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada dirisendiri yang kamu ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya.Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi kamu,pedulikan saja. Janji kamu tidak melanggar peraturan lalu lintas.Kalau setiap kali kamu meminta maaf jika ada yang membunyikan honataupun memarahi kamu, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatandi atas 'kebaikan'kamu itu.
17 - ORANG MENUDUH KAMUJika memang bukan kamu yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa kamu mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari oranglain. Walaupun mungkin ketika itu kamu agak gelabah kerana digertak,jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, 'Berani kerana benar,takut kerana salah.' Kalau kamu mengaku, alamatnya kamu akan disalahsangka. Jangan sesekali mengucapkan 'Saya minta maaf', sedangkan dalamhati kamu meronta-ronta mengatakan bahawa kamu tidak bersalah dan menjadimangsa keadaan.
18 - TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILANJangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan kamu tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri kamu hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa kamu. Tapi kalau kamu membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip kamu dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.
19 - TIDAK SAMA HALUANKamu mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang kamu tidak boleh melakukanbersamanya iaitu kamu suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, kamu harus bijak menanganinya.Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Kamu tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya ercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti,pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.
20 - DIPAKSASukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang kamu tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah danmeminta maaf kerana kamu tidak melakukan tugasan tersebut.
Fandi
YOU'RE MY FRIEND,
My companion, through good times and bad my friend, my buddy, through happy and sad, beside me you stand, beside me you walk, you're there to listen,
you're there to talk, with happiness, with smiles, with pain and tears, I know you'll be there, throughout the years!
You are all good friends to me and I am grateful to you.

Sometimes we let affection go unspoken,
Sometimes we let our love go unexpressed,
Sometimes we can't find words to tell our feelings,
Especially towards those we love the best.
Scared to Love You
Wanted to love you,
But I was just too scared.
Haunted by the past,
That always seemed to reappear.
I tried my best to run and hide,
But I just couldn't get you off my mind.
Should I give love a second chance?
Or am I just wasting my time?
You promised you were different,
But so did the rest.
Then you looked into my eyes,And I knew you had passed the test.
So I took a chance,and fell deeply in love.
Maybe this is what I've been looking for,That special kind of love from above.
God, how can this be true?
Everything is happening so fast.
But something keeps telling me, I've found true love at last.

Bukan LAUT jika airnya tak berombak dan bergelora,
Bukan CINTA jika perasaan tak terluka dan kecewa,
Bukan SAHABAT jika hati tak rindu dan sayang...
************************
Fandi
Bila menonton kisah Tiga Abdul .....Abdul Wahab,Abdul Wahid, dan Abdul Wahud .... teringat saya akan gurauan rakan-rakan semasa kami sama-sama belajar di UPM. Segalanya berlaku tak dirancang...demikianlah kalau sudah ditakdirkan...
Bermula kisahnya, saya dikenali dengan panggilan Fandi atau ada yang menulis atau memanggil nama saya Afandi. Sementara itu, seorang lagi teman seperjuangan kami bernama Afindi hubungan kami akrab sekali...malah kalau setiap kali ke kuliah kami tak pernah melepaskan peluang untuk bertemu, bergurau, berbincang dan makan bersama.
Setelah hampir dua tahun kami bersama dalam ikatan persahabatan yang boleh dianggap macam adik beradik jugak lah.. maka hadir lah adik kami yang ketiga bernama Afundi... Cuma nasibnya lebih baik daripada kami, kehadirannya ke UPM bukanlah seperti kami yang menjalani pengajian dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling tetapi kehadirannya bersama peserta-peserta Akedemi Fantasia 3 untuk peringkat separuh akhir yang diadakan di UPM.....disambut dengan lebih meriah oleh warga UPM ketika itu. Sedangkan datang dan pergi kami mungkin ada yang tidak menyedarinya....
Fandi
“…setiap kali apabila aku diperkenalkan dengan kawan baru dan disebut dengan “ title haji” pasti ada wajah yang berubah atau reaksi spontan yang menampakkan kejutan……
…..kadang-kadang terlintas difikiran saya apa masalahnya pada diri saya sehinggakan begitu sekali pandangan mereka… Lebih teruk lagi bila abang tiri aku tu melemparkan kutukkan sesedap hatinya..tanpa berperasaan dia kata selalunya “title haji” ni hanya untuk orang dah tua dan pencen….dia tak sedar plak yang dia tu dah tua tapi tak terkira nak menyimpan untuk pergi haji…heee. Gurau je bang !..

“…..satu lagi pengalaman yang pastinya tak akan saya lupakan apabila seorang teman cuba memperkenalkan saya kepada kawannya…konon cerita nak “rekemen sebagai teman istimewa” Semasa mereka berdua sedang berbual-bual melalui SMS, …tiba-tiba nak dijadikan cerita terhantar lah pulak mesej pertanyaan gadis itu kepada saya…katanya “ Haji tu pakai serban dan berjubah ke? Berjanggut dan berjambang ke?” Lalu saya jawab.. “masa dah berlalu zaman dah berubah”…haa…terkezzzzuu…uuuut !!! mereka.”

Bagi saya semua itu hanya sebahagian dari cerita-cerita kehidupan… Soal title tak penting…yang penting segala amal dilakukan kerana rasa kecintaan dan pengabdian kepada Allah s.w.t…. Semoga Allah memberkati segala amal yang dilakukan dan merahmati kehidupan hamba ini....
Fandi
Tak kenal maka tak cinta…demikianlah bicara umum yang biasa kita dengar. Tapi dah kenal tak cinta-cinta jugak makin menyampah lagi ada..heee.
Kali ini saya nak cerita pasal pengalaman main golf…. Maklumlah bila tinggal atau bertugas di tempat berprestij sikit kita kena lah berimej baru yang sesuai dengan peredaran masa dan tempat.... Pasal main golf ni saya nak kata hebat tu tak lah... tapi nama saya pernah sebaris dengan nama Tiger Wood dan beberapa orang pemain golf dunia yang terkenal.....itupun kat dalam game je.. Berbalik kepada kisah main golf ni saya sebenarnya telah mula melibatkan diri apabila saya ditugaskan mengajar di SK Bukit Fraser....di sana antara aktiviti sukan yang ada disediakan di sekolah adalah permainan golf. Jadi sesiapa yang berminat boleh lah mohon untuk mengajar di sana.

......pengalaman yang hendak saya kongsikan ialah di mana buat kali pertamanya saya bermain golf. Setelah ditunjuk ajar oleh seorang rakan dan beberapa orang anak murid di belakang makmal sekolah saya begitu bersemangat untuk turun ke medan sebenar. Maka pada keesokan harinya saya dengan bangganya telah menyandang set golf yang dipinjam dari sekolah dan pergi ke lapangan golf Perbadanan Bukit Fraser dengan di temani roomate saya yang telah berpengalaman luas dalam bidang mengutip bola golf....Bila sampai di sana kelihatan suasana tenang dan sunyi...maklumlah hari bekerja jam 3.00 petang dan masih waktu bekerja... terdetik di dalam hati “harap-harap hari ni tak ada lah ramai orang yang datang...baru best nak main” setelah membut persiapan dan “memanaskan badan” kami bersedia untuk membuat pukulan pertama di lubang pertama. Saya diminta membuat pukulan dahulu kononnya saya orang baru.....eleeh kita orang baru ikut je la kan...tanpa menghiraukan mata yang memandang saya pun menghayunkan kayu golf sekuat hati....nyata sekali saya berjaya membuat pukulan walaupun tak seperti yang diharapkan tapi ok la jugak....Bila pukulan pertama menjadi mula lah hati bertambah yakin....kali ni saya bersedia untuk membuat pukulan kedua...setelah meletakkan bola golf ditempatnya...saya bersedia untuk membuat pukulan... Tiba-tiba lalu anak murid bersama penjaganya dan singgah untuk melihat cikgu main golf... Tapi saya tak hiraukan mereka lagi saya terus membuat pukulan....malangnya pukulan saya kali ini jauh lebih buruk....bola yang dipukul tak kena sebaliknya tanah dan rumput yang berhamburan ke udara...adoiiii..malunya..!!! Namun mata yang memandang lebih memahami tepukan semangat yang diberi membuatkan saya akan turun bermain lagi....

Pengajaran dari pengalaman ini....jadilah diri kita yang sebenarnya dan buat je apa yang kita fikir betul..selagi ianya tidak bertentangan dengan hukum adat dan hukum agama. Keberanian mencuba sesuatu yang baru akan lebih menguntungkan kita berbanding malu yang terpaksa ditanggung buat sementara waktu........
Fandi
Pilihanraya 2008 baru-baru ini, meninggalkan kenangan manis buat saya selaku petugas pilihanraya. Pada mulanya ketika nama saya dicalonkan sebagai KTM di Bukit Fraser menimbulkan rasa cemas juga. Maklumlah ini merupakan pengalaman pertama dan di tempat baru pula…. Setelah menjalani latihan dan diberi taklimat tibalah harinya untuk menjalankan tugas…
Pada awalnya saya diarahkan untuk bergerak sesudah subuh dengan memandu sendiri dari pusat menyimpan peti undi dengan diiringi oleh dua orang anggota polis. Namun disebabkan cuaca buruk dan masalah tanah runtuh sehinggakan jalan untuk naik ke sana tertutup maka saya dipanggil lebih awal untuk berada di pusat gerakkan pilihanraya….kerana kemungkinan akan dihantar ke sana menggunakan helikopter (chopper). Itulah yang dimaklumkan kepada saya….
Rimas juga menunggu beberapa lama ….antara ye atau tidak ….kerana beberapa kali terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk…akhirnya kami menerima arahan untuk bergerak ke Kem Puncak Mas, Raub….Setibanya di sana kami menunggu seketika dan kelihatan sebuah helikopter berlegar-legar sebelum mendarat…tersentuh juga hati bila memikirkan hati berpeluang untuk menaiki helikopter nanti….Bila helikopter dah mendarat rakan-rakan setugas sibuk merakam gambar kenangan…bagi saya rakam dalam minda je la….
Setelah persiapan dibuat akhirnya kami bersiap sedia untuk berlepas dari tempat pendaratan Kem Puncak Mas… awan mula kelihatan mendung berarak..Kapten yang mengendalikan pesawat mula memperkatakan tentang sesuatu…saya hanya mampu berdoa agar saya dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Menurut Kapten dan pegawai pilihanraya terlibat perjalanan ke Bukit Fraser hanya mengambil masa 10 hingga 20 minit saja…..
Kini sudah 35 minit masa berlalu, aras ketinggian pesawat semakin tinggi, gegaran pada pesawat akibat hentakkan arus angin makin terasa…peristiwa pesawat terhempas mula bermain difikiran…bila saya toleh pandangan ke arah rakan disebelah kanan saya nampak benar dia dalam ketakutan… matanya dipejamkan dan badannya mula menggigil…saya alihkan pula pandangan ke kiri ..terlihat rakanku tersenyum sinis..saya dapat memahami erti senyumannya itu….tapi saya dapat merasakan dan bersimpati dengan rakan dikanan saya ini…
Satu jam telah berlalu, kini saya diminta untuk membantu melihat dari udara untuk menentukan arah atau petanda bagi menentukan kedudukan Bukit Fraser…Setelah pesawat diterbangkan rendah kami dapat mengenalpasti kedudukan sebenarnya ketika itu. Rupa-rupanya kami telah tersasar jauh ke sebelah Felda Tersang dan mungkin ke kawasan Gua Musang.. Kapten yang mengendalikan pesawat membuat tindakkan menyusur jalanraya untuk kembali ke Bandar Raub . Setelah sampai ke jalan Bentong saya mula melihat petanda pencawang elektrik dan telefon yang biasanya akan lebih mudah untuk mendapatkan kedudukan Bukit Fraser….
Hasil dari pengalaman itu…,terfikir saya betapa kesesatan tidak semestinya dihutan belantara atau dibumi mahupun di lautan…kesesatan juga boleh berlaku di awan nan biru…Jadi tidak hairanlah ramai yang tersesat dalam kehidupan andai alpa mencari panduan……
Fandi
Setiap insan punya cerita suka dan duka, namun pengalaman itu tetap menggamit rasa...
memupuk kerinduan buat mereka yang pernah hadir dalam hidup kita.

Kisah ini berlaku ketika saya menjalani kursus perguruan di maktab perguruan di Terengganu. Kejadian menimpa tanpa diduga, kami dilanda masalah ketiadaan air akibat tangki utama tersumbat dan beberapa masalah teknikal yang tak dapat difahami. Masalah ini berlarutan selama 2 minggu.
Pada minggu pertama ketika masalah melanda kami terpaksa berbondong-bondong mencari telaga di kawasan rumah penduduk berdekatan. Setiap pelatih terpaksa bangun seawal jam 4.00 pagi untuk tidak menghadapi masalah menggunakan telaga untuk mandi... Maka berjalanlah kumpulan-kumpulan pelajar secara berkumpulan dengan berselimutkan kain pelekat atau tuala di kepala...terkadang sukar membezakan antara jejaka maktab dan anak-anak dara tuan rumah yang punya telaga... Pernah juga timbul kekalutan apabila para pelatih bertembung dengan anak dara yang sedang mandi ditelaga tersebut.
Akhirnya, setelah pelbagai masalah timbul, saya dan beberapa orang kawan membuat keputusan untuk mencari alternatif bagi mengatasi masalah ini. Kami memutuskan untuk mandi di sebuah kolam di dalam kawasan maktab tersebut. Dengan perasaan gembira dan penuh semangat kami terus mandi di situ tanpa memikirkan sebarang permasalahan. Maklumlah segala kerumitan dapat diatasi, kami tak perlu lagi bangun awal pagi dan berjalan jauh..malah kami lebih seronok kerana dapat berenang dan menyelam dengan selesa.
Begitulah kami, hari demi hari selama ketiadaan air....sehingga tiba kepada hari yang menggemparkan...
Ketika kami asyik bersantai dan bermandi-manda, lalulah seorang hamba Allah lalu bertanya, " Demo wat gapo, cari ike ko?" Kami pun menjelaskan, " Kami mandi Pok Soh, dah seminggu lebih takde air". Dengan penuh hairan di bertanya lagi, "Mandi..! demo tau dok air ni dari mano?. Kami pun terpingga-pingga dan cuba mendapatkan penjelasan dari Pok Soh. Setelah, dijelaskan oleh Pok Soh, fahamlah kami bahawa sumber air kolam itu di salurkan dari kawasan sistem kumbahan perumahan staff berdekatan. Bukan kami tak tahu sebelum ini tetapi terlupa apabila ditimpa masalah yang melanda.
Sambil berlalu dari situ, salah seorang kawan saya berkata, "nasib baik aku guna untuk berus gigi je, kalau buat bancuh teh.....
Lantaran, kejadian itu glamour lah kami di seluruh maktab sebagai mangsa di danau sepi... Lebih hebat lagi berita pelatih mandi di kolam sistem kumbahan tersiar di akhbar utama.
Buat teman-teman senasib...., ambo ok lagi tak tercemar dan masih suci....
Fandi
..... tanpa kita sedari hidup kita pasti berdepan pengalaman pahit atau pengalaman manis.... samada kita mahu atau tidak mengakuinya kita tetap akan berada dalam keresahan atau kerunsingan akibat himpitan rasa...kita mahu lari dari semua itu, tapi bukan caranya membiarkan masalah berlalu begitu sahaja...depanilah setiap masalah yang dihadapi dengan kebijaksanaan dan jangan biarkan diri anda terus berada dalam kemurungan.... "setiap penyakit pasti ada penawarnya"....dapatkanlah pertolongan dan bantuan daripada yang benar-benar bersedia membantu anda...

Berkata-katalah kepada mereka yang ingin mendengar,
Nyatakan suatu makna kepada yang perlu,
Bertanya kepada yang ingin memberitahu,
Belajar daripada yang berilmu,
Hubungi mereka yang membawa faedah,
Terimalah pada apa yang maksudnya kebaikan,
Tempuhi kehidupan dengan wadah perjuangan dan ketaqwaan....
Fandi


Dalam kehidupan ini kita sering terlibat dalam perhubungan dua hala dan pastinya tidak lari daripada konteks memberi dan menerima....


Kesinambungan daripada itu kita juga tidak dapat lari daripada membicarakan aspek nilai-nilai murni dalam kehidupan.


Sering kita dengar orang berkata, " orang berbudi kita berbahasa". Jelas dilihat bahawa ada unsur nilai yang dituntut kepada si pemberi dan si penerima. Antaranya nilai keikhlasan, kejujuran, penghargaan dan ketelusan...


Namun terkadang kita juga mendengar rungutan tentang rasa hati yang tidak puas terhadap budi yang ditabur kerana tidak dihargai...jadi di mana letaknya nilai jujur dan ikhlas yang disebut... Misalnya seorang sahabat menegur sahabatnya kerana pada pendapatnya sahabat itu perlu membuat perubahan diri...tetapi kenapa perlu berasa kecewa atau marah apabila pandangannya tidak diterima pakai...


Maka di mana realitinya hak sebagai pemberi dan penerima berdasarkan pada asas jujur dan ikhlas ?






Fandi
Assalamualaikum,
Salam pertemuan buat yang sudi teman berteman dalam ruangan ini sebagai usaha membuka minda berkongsi rasa, pengalaman dan idea berkaitan kehidupan demi erti sebuah kehidupan yang barokah dan dirahmati.
Terima kasih buat Pak Man dan Ana yang telah mengilhamkan dan membantu mewujudkan ruang dan peluang buat saya tercebur ke dalam dunia blogger ini...
Berbalik kepada topik " lamunan indah lambaian bahagia" adalah menjadi harapan saya agar dapat bertemu kembali insan-insan yang pernah hadir dalam hidup saya samada secara langsug atau sebaliknya. Semoga pertemuan kembali ini akan membuahkan keakraban ikatan dan menjadi sumber mendekatkan hati kepada realiti bahagia dalam dunia kehidupan... InsyaALLAH.