Fandi
Assalamualaikum,
Salam pertemuan buat yang sudi teman berteman dalam ruangan ini sebagai usaha membuka minda berkongsi rasa, pengalaman dan idea berkaitan kehidupan demi erti sebuah kehidupan yang barokah dan dirahmati.
Terima kasih buat Pak Man dan Ana yang telah mengilhamkan dan membantu mewujudkan ruang dan peluang buat saya tercebur ke dalam dunia blogger ini...
Berbalik kepada topik " lamunan indah lambaian bahagia" adalah menjadi harapan saya agar dapat bertemu kembali insan-insan yang pernah hadir dalam hidup saya samada secara langsug atau sebaliknya. Semoga pertemuan kembali ini akan membuahkan keakraban ikatan dan menjadi sumber mendekatkan hati kepada realiti bahagia dalam dunia kehidupan... InsyaALLAH.
4 Responses
  1. manlaksam Says:

    Aji,
    Ceewaah, bahasa tu dalam maknanya tu.Tinggi sungguh aras nya. Rendah sikit pada Datuk A.Samad Said.
    Teruskan kerja, terus menulis!


  2. manlaksam Says:

    Aji,
    Sudah ramai yang hadir dalam hidup, bila nak tangkap satu?


  3. Fandi Says:

    Eemmm.... sekadar menyahut seruan Pak Man je.. tp seronok gak bila dapat menyatakan apa yang kita rasa dan fikir secara terbuka kepada umum agar dapat dikongsi bersama. Moga tak lah kita merasakan dunia ni kita je yang punya... Mudah-mudahan dapat berguru dengan Datuk A. Samad Said plak nanti..!


  4. Fandi Says:

    Yang hadir tu memang ramai tapi yang benar serasi dan menerima seadanya belum pasti...mugkin ada penjelasannya nanti...see you.