Fandi
Sering diharapkan sesuatu akan berlaku mengikut apa yang kita impikan. Namun bukanlah suatu yang mudah apabila semua itu berlaku di luar kawalan kita. Hakikatnya sedarlah kita bahawa diri kita ini hamba yang tercipta dengan seribu macam kelemahan. Apa yang kita cari sebenarnya suatu yang terlalu ideal dan apa yang kita temui hanyalah suatu realiti dari sebuah kehidupan... maka yang terindah bukan bererti terbaik buat kita...yang terbaik pula bergantung kepada cara kita melihat dan meletakkan nilai padanya... jadikanlah apa yang kita miliki hari ini sebagai yang terbaik sekalipun bukan yang diharapkan. Apa yang penting kita tidak terpinggir dalam mengutip pengalaman dari sebuah perjalanan kehidupan. Tak perlu dilihat pada apa yang difikirkan insan lain tentang kita atau mengharapkan kita dimuliakan kerana kita takkan mampu menjadi insan lain dan bahagia dengan puji-pujian...Kita pasti bahagia pada apa yang bersifat benar dan nyata. Kemuliaan pula hak mutlak Allah s.w.t.
1 Response
  1. Anonymous Says:

    Ji,
    Pelangi itu indah. Tapi ia hanya imbasan dari titisan air yang tersejat.. Berpijaklah dibumi nyata wahai kawanku..