Fandi
Pilihanraya 2008 baru-baru ini, meninggalkan kenangan manis buat saya selaku petugas pilihanraya. Pada mulanya ketika nama saya dicalonkan sebagai KTM di Bukit Fraser menimbulkan rasa cemas juga. Maklumlah ini merupakan pengalaman pertama dan di tempat baru pula…. Setelah menjalani latihan dan diberi taklimat tibalah harinya untuk menjalankan tugas…
Pada awalnya saya diarahkan untuk bergerak sesudah subuh dengan memandu sendiri dari pusat menyimpan peti undi dengan diiringi oleh dua orang anggota polis. Namun disebabkan cuaca buruk dan masalah tanah runtuh sehinggakan jalan untuk naik ke sana tertutup maka saya dipanggil lebih awal untuk berada di pusat gerakkan pilihanraya….kerana kemungkinan akan dihantar ke sana menggunakan helikopter (chopper). Itulah yang dimaklumkan kepada saya….
Rimas juga menunggu beberapa lama ….antara ye atau tidak ….kerana beberapa kali terpaksa ditangguhkan kerana cuaca buruk…akhirnya kami menerima arahan untuk bergerak ke Kem Puncak Mas, Raub….Setibanya di sana kami menunggu seketika dan kelihatan sebuah helikopter berlegar-legar sebelum mendarat…tersentuh juga hati bila memikirkan hati berpeluang untuk menaiki helikopter nanti….Bila helikopter dah mendarat rakan-rakan setugas sibuk merakam gambar kenangan…bagi saya rakam dalam minda je la….
Setelah persiapan dibuat akhirnya kami bersiap sedia untuk berlepas dari tempat pendaratan Kem Puncak Mas… awan mula kelihatan mendung berarak..Kapten yang mengendalikan pesawat mula memperkatakan tentang sesuatu…saya hanya mampu berdoa agar saya dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik. Menurut Kapten dan pegawai pilihanraya terlibat perjalanan ke Bukit Fraser hanya mengambil masa 10 hingga 20 minit saja…..
Kini sudah 35 minit masa berlalu, aras ketinggian pesawat semakin tinggi, gegaran pada pesawat akibat hentakkan arus angin makin terasa…peristiwa pesawat terhempas mula bermain difikiran…bila saya toleh pandangan ke arah rakan disebelah kanan saya nampak benar dia dalam ketakutan… matanya dipejamkan dan badannya mula menggigil…saya alihkan pula pandangan ke kiri ..terlihat rakanku tersenyum sinis..saya dapat memahami erti senyumannya itu….tapi saya dapat merasakan dan bersimpati dengan rakan dikanan saya ini…
Satu jam telah berlalu, kini saya diminta untuk membantu melihat dari udara untuk menentukan arah atau petanda bagi menentukan kedudukan Bukit Fraser…Setelah pesawat diterbangkan rendah kami dapat mengenalpasti kedudukan sebenarnya ketika itu. Rupa-rupanya kami telah tersasar jauh ke sebelah Felda Tersang dan mungkin ke kawasan Gua Musang.. Kapten yang mengendalikan pesawat membuat tindakkan menyusur jalanraya untuk kembali ke Bandar Raub . Setelah sampai ke jalan Bentong saya mula melihat petanda pencawang elektrik dan telefon yang biasanya akan lebih mudah untuk mendapatkan kedudukan Bukit Fraser….
Hasil dari pengalaman itu…,terfikir saya betapa kesesatan tidak semestinya dihutan belantara atau dibumi mahupun di lautan…kesesatan juga boleh berlaku di awan nan biru…Jadi tidak hairanlah ramai yang tersesat dalam kehidupan andai alpa mencari panduan……
0 Responses