Fandi
Motivasi ini saya tujukan kepada para pelajar (remaja) di alam persekolahan yang ketika ini sedang membuat persiapan diri sebagai bekalan dalam perjalanan menuju ke mercu kejayaan. Saya ingin berkongsi dengan para remaja mengenai ciri-ciri yang harus ada pada sesaorang yang ingin mencipta kejayaan yang penuh dengan cabaran dan saingan.

Apakah persediaan diri dan ciri-ciri yang perlu ada pada diri pelajar untuk mencipta kejayaan selepas mereka tamat dari pengajian pusat pendidikan tinggi nanti. Kita tidak mahu mereka lulus hanya akademik yang tinggi, tetapi gagal dalam aspek pembangunan diri, rohani, emosi, pembentukan sikap dan kemahiran hidup.

Sekolah bukanlah hanya tempat untuk mencari ilmu dan lulus peperiksaan dan mendapatkan sijil semata-mata, tetapi sekolah merupakan tempat untuk kita membangunkan diri, tempat untuk kita membentuk diri menjadi manusia yang sempurna baik dari segi pemikiran, membentuk personality, daya kepeimpinan, dan kemahiran berkomunikasi atau apa jua yang boleh menaikkan nilai diri kita sebagai seorang insane.

Saya ingin menekankan mengenai kualiti diri, kerana kita tidak mahu pelajar lulus dengan cemerlang dan tertinggi tetapi dari aspek pembangunan diri, daya kepeimpinan, sikap dan personalitinya ternyata mereka gagal dan tidak sepadan dengan kelulusan yang tinggi yang diperolehi. Oleh itu saya menyeru semua pelajar yang dibangku persekolahan supaya dapat mengimbangkan di antara “akademic intelligence” dan “practical intelligence” kerana di alam perkerjaan nanti kita lebih memerlukan intelek yang praktikal dan kemahiran yang praktik dan produktiviti.

Oleh yang demikian pelajar perlu bersiap sedia melengkapkan diri dengan kelulusan akademik yang cemerlang dan seimbang serta mempunyai yang khusus dan praktikal termasuk kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran kemanusiaan, pengurusan masa, kemahiran mengawal, mengurus dan mentadbir serta mempunyai daya kepimpinan yang tinggi serta mempunyai imej diri dan sikap mental yang wajar.

Perlu disedari bahawa ciri-ciri tersebut bukanlah dilatih dalam masa yang singkat kerana cirri-ciri tersebut perlu diwujudkan dalam diri sesaorang itu sejak kecil iaitu ketika umurnya 7 tahun lagi. Prosesnya memakan masa yang panjang kerana pembelajaran dan pendidikan sebenarnya adalah proses berterusan.



Berdasarkan faktor di atas saya amatlah memandang berat dalam pembentukan sikap serta pembangunan diri pelajar-pelajar diperingkat persekolahan lagi. Berdasarkan pengalaman saya berdepan dengan para pelajar daripada pelbagai golongan masyarakat, daya seperti kurangnya motivasi dalaman iaitu dari aspek pembangunan diri menjadi punca utama pelajar tidak mempunyai inspirasi dan keinginan yang membara ke arah mencipta kejayaan akibat kekurangan ilmu, pendedahan imej diri, yang meyakinkan dan sikap yang tidak wajar. Faktor ini sangat penting dijadikan modal dan bekalan bagi memburu kejayaan dalam kerjaya dan hidup.

Di akhir bicara ini ingin saya menarik pandangan pelajar semua, nilailah diri dan kebolehan yang Allah anugerahkan kepada semua insane adalah berbeza tetapi untuk dikembangkan bakat dan kebolehan yang ada pada diri sendiri terpulanglah di atas kebijaksanaan masing-masing untuk mengurus dan mentadbirnya. Renunglah kata-kata ini, “ minda yang telah dibangunkan sepenuhnya, keinginan untuk terus belajar dan kebolehan untuk menggunakan segala ilmu pengetahuan yang telah dipelajari sebaik-baiknya merupakan anak kunci terbaru menuju masa depan”


Sekian terima kasih
Labels: edit post
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    emmm.....nnty ckgu banyak2 kan lagi citer2 klakar...hehehe...& pngalaman ckgu dlu2..ne tau leh wat rujukan di masa akan dtg...hohoho.....


  2. Fandi Says:

    InsyaALLAH....semoga segala yang baik akan diberkati Allah...