Fandi
Bila menonton kisah Tiga Abdul .....Abdul Wahab,Abdul Wahid, dan Abdul Wahud .... teringat saya akan gurauan rakan-rakan semasa kami sama-sama belajar di UPM. Segalanya berlaku tak dirancang...demikianlah kalau sudah ditakdirkan...
Bermula kisahnya, saya dikenali dengan panggilan Fandi atau ada yang menulis atau memanggil nama saya Afandi. Sementara itu, seorang lagi teman seperjuangan kami bernama Afindi hubungan kami akrab sekali...malah kalau setiap kali ke kuliah kami tak pernah melepaskan peluang untuk bertemu, bergurau, berbincang dan makan bersama.
Setelah hampir dua tahun kami bersama dalam ikatan persahabatan yang boleh dianggap macam adik beradik jugak lah.. maka hadir lah adik kami yang ketiga bernama Afundi... Cuma nasibnya lebih baik daripada kami, kehadirannya ke UPM bukanlah seperti kami yang menjalani pengajian dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling tetapi kehadirannya bersama peserta-peserta Akedemi Fantasia 3 untuk peringkat separuh akhir yang diadakan di UPM.....disambut dengan lebih meriah oleh warga UPM ketika itu. Sedangkan datang dan pergi kami mungkin ada yang tidak menyedarinya....
2 Responses
  1. Anonymous Says:

    .....suatu kebetulan.
    afindimohdsalleh@yahoo.com dalam talian dan www.skdesaputrakajang.blogspot.com meneruskan perjalanan. Selamat menjadi blogger. Tahniah. Teruskan usaha anda.


  2. Fandi Says:

    Semoga persahabatan kita akan lebih erat di alam maya ini...