Showing posts with label epilog kehidupan. Show all posts
Showing posts with label epilog kehidupan. Show all posts
Fandi
....Semalam yang berlalu memberi seribu erti pada pengalaman serta kenangan dalam kehidupan kita... Hakikatnya kita perlu lalui setiap detik dari kenangan itu dan belajar membina keunggulan diri untuk melihat warna-warna kehidupan..... Semakin utuh dan teguh hati bertahan melayari dan melayani kesayuan itu akan menjadi penawar untuk kita melihat nikmat dan rahmat dari ilusi kehidupan ini..... Kita perlu sedar dan akui, bukan cuma kita yang mengalami mimpi misteri.....cuma kita tidak pernah melihat atau bertanya pada hati-hati yang tersia di sana kerana hampa pada sebuah pengharapan....Hidup bukan untuk satu makna. Cuma kita perlu sedar bagaimana bahagia boleh terjelma dari kesucian hati dan redha Illahi.

Siapa yang tak pernah menangis
di hujung setiap ketawa dan lupa,
siapakah di antara kita
yang memalingkan muka
ketika mendengar kalimah
TUHAN?

Banyak bakti yang dapat diberi,
sepanjang hidup yang sesingkat ini,
Lautan manusia berombak nafsu,
Kebenaran terdampar di pantai kecewa,

Airmata bagai mutiara
Apakah itu rasa keinsafan,
Rintihan dari hati yang rindu,
Apakah itu hakikat cintamu....

Zubir.....06
Fandi
....lumrah kehidupan pada satu pencarian.....

Andai esok masih ada pasti mentari akan memancarkan sinarnya.....!!!
Kehidupan adalah suatu perjuangan.... kita umpama saudagar dalam sebuah pelayaran jauh... selagi bahtera belum karam dan layar utuh berdiri...nakhoda tidak perlu bermimpi misteri.

Bicara teman "...sepi itu suatu nikmat yang perlu dihayati, daripada kesepian itulah kita dapat melihat diri dan kebenaran pada nilai keinsanan..." Yeop.

Kita saudagar pada produk yang diperlukan oleh mereka yang memerlukan, maka memberilah pada yang memerlukan....." Lumrah kehidupan pada erti pencarian" Zoo

"Anda adalah diri anda, kehidupan perlu melihat kepada realiti dan kematangan menjadikan anda melihat kehidupan dalam pelbagai peranan"...Ima

"Kita berada dalam kebenaran selagi kita ikhlas dan jujur" Afindi



......Buat teman-teman kini haluanku telah terarah perjalanan ku kembali bermula... buat kalian terima kasih atas segala sokongan......
Fandi
.......terkasima hati pada erti CINTA...!!!.


“Semalam telah lama pergi, namun memori tetap menggamit rasa menghiasi kamar hati di kala sepi....mungkin dulu sapaannya menjadi mimpi misteri, namun kini hadirnya bagai ilusi hati yang indah dan memberi makna untuk di zahirkan pada pengorbanan hakiki....melihat dunia sebagai dunia dan melihat bahagia adalah anugerah abadi.

Tidak kufahami erti hadirnya cinta, hadirnya bila dan bagaimana ia terjelma. Namun apa yang kurasa bila berjumpa terasa kaku dan lidah menjadi kelu, bila berjauhan terasa rindu, di saat ku ditinggal pergi sayu dan sepi bertali arus mengunjug hati....hanya airmata perawat luka...”

Inilah di antara “bicara keramat” mangsa korban cinta....

Pesanan dari seorang sahabat buat diriku., berpaksilah pada kebenaran diri pada apa yang kau cari dan pada apa yang kau mampu berikan.
Andai hari ini diri mu kecewa...kerana sebuah cinta...nikmatilah keindahan daripada kesedihan itu....layanilah kesedihan itu dengan ketabahan hati kerana ianya akan menjadi bukti pada diri siapa kita yang sebenarnya pada diri seniri, siapa kita di sisi insan lain dan siapa kita di sisi Tuhan Maha Yang Pengasih dan Penyayang...

Jangan biarkan diri kita terus musnah kerana duka yang sementara, kerana itu hanya bicara Tuhan buat kita tentang erti KESABARAN, KETULUSAN, KEJUJURAN dan KEIKHLASAN....

Bukan cuma kita yang kecundang.....lihatlah di luar sana, jarang sekali ada insan yang bahagia dengan cinta pertama. Malah cinta kedua, ketiga atau terus-terusan berduka jua ada...buktinya lagi terlalu banyak lagu duka tercipta,...maknaya banyak hati yang telah hancur kerana cinta. Lantaran persoalannya siapa dan di mana kita? Mengapa terus berduka....pada impian semalam?

Kita teramat kecewa bila meletakkan impian hidup bersama “perkahwinan” sebagai lambang kebahagian. Namun itu bukan suatu kepastian yang nyata andai kita abaikan soal peranan dan tanggungjawab kita ke arah itu. Malah kita juga perlu melihat halangan dan kekangan yang mungkin kita hadapi sebelum, semasa dan selepas impian itu terlaksana. Sekurang-kurangnya kita dapat mengawal diri agar meletakan cinta berdiri pada landasan sebenar “berpijak di bumi nyata”.

.......bersambung......
Fandi
.......CINTA beda antara “Racun dan Madu”

Sepertimana dibicarakan sebelum ini bahawa perasaan cinta hadir tanpa dipinta kerana cinta terjelma seawal dunia bermula...dan kita sebagai insan tercipta pasti menerimanya sebagai suatu anugerah dan amanah untuk menjadikannya sumber dalam merealisasikan kehidupan di dunia sebagai ibadah dan menikmati bahagia yang abadi diakhirat nanti...

Falsafah cinta......Cinta itu umpama virus.Bagi yang dihinggapi sekalipun merasa kesakitan namun tidak pula cuba dijauhinya. Kerana cinta dunia terjelma. Bagi merekayang belayar di dalambahtera cinta perlu bijak menjadi nakhoda agar tidak karam di lautan sepi....

Pahitnya cinta andai kita terluka dan kecewa....hadirnya juga tanpa diundang, namun bukan semua yang pahit itu duka malah mungkin ada permata yang perlu digilap untuk dilihat “Nur” dariNya. Cinta menjadi racun andai kita sandarkan semua ikatan pada dasar runtunan hawa nafsu dan mempersoalkan tentang untung dan rugi.... “memeterialkan cinta”.....Kita mungkin bahagia pada awal dan semasa perhubungan berjalan. Tapi kita lupa bahawa ikatan yang sempurna juga perlukan rasa kebertanggungjawaban, ketulusan, kejujuran, keikhlasan dan redha serta rahmat Illahi...

Mungkin ada insan yang berasa seronok dengan keistimewaan yang ada pada dirinya, lantaran kesempatan itu diperguna untuk menikmati keindahan hidupnya tanpa memikirkan kehancuran hati insan lain yang diperdayainya....Namun awas “nasib tidak selalu memihak kepada kita”, “panas tidak hingga ke petang” dan “fajar juga pasti terbenam”. Maka kembalilah kita pada kebenaran cinta agar dunia tercipta bukan sekadar pentas untuk bersandiwara dan bercengkarama yang akhirnya menjadikan diri diburu kehampaan dan kegelisahan kerana dosa semalam yang telah berlalu tetapi sebaliknya menjadi landasan kepada menggapai bahagia berpanjangan dan abadi.

.......bersambung......

Fandi
Mengapa perlu ada perasaan sedih dan gembira?
Adakah gembira itu semuanya bahagia dan sedih itu derita?
Mengapa kita sedih dan gembira?

Dalam menyusuri denai kehidupan kita pasti tidak lari daripada berbicara tentang soal hati dan perasaan. Perasaan cinta, kasih dan sayang akan hadir di ruang hati kita tanpa dipinta. Hakikatnya apablia perasaan itu tersemai di hati maka akan tumbuh dan berkembanglah ianya.
Andai kita tidak punya konsep dan pegangan yang jelas tentang kehidupan pasti kita akan terumbang-ambing dilambung badai kehidupan ini dan pasti jua kita akan terdampar kesepian merintis nasib pada pencarian erti sebuah kebahagian.

Bahagia yang dicari adalah “nikmat dan rahmat” daripada Illahi. Sesungguhnya nikmat dan rahmat itu tidak pula diletakkanNya pada dahan yang rapuh dan mudah untuk digapai tanpa cabaran dan dugaan. Realiti kehidupan membuktikan bahawa sesuatu yang sukar dimiliki akan lebih bermakna dan dihargai… Maka tidak hairanlah jika kita perlu menempuhi pelbagai ujian dan cabaran dalam mengejar bahagia kehidupan,

Bukan perkara baru untuk difikir atau dibicarakan. Cuma mungkin kita berfikir dengan cara kita, bila gembira kita bicara tentang gembira dan bahagia. Bila sedih kita berbicara tentang luka dan kecewa.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama di sini adalah pandangan tentang beberapa isu yang menjadi tema utama bagi kelompok remaja matang dan pertengahan usia yang pastinya sangat aktif dalam usaha membina kehidupan. Sering kita dengar tentang gosip dan konflik kehidupan. Misalnya keruntuhan ahlak dan moral, dendam cinta, keberantakan rumah tangga malah wujud permasalahan jenayah. Semua ini saya hubungkan dengan isu CINTA, KASIH dan SAYANG sebagai dasar bicara.

Fokus utama adalah soal CINTA dan kehidupan BAHAGIA.

Ramai yang berkata, indahnya dunia percintaan....saya juga tidak menafikan malah amat menyetujui hakikat itu. Tapi ramai juga yang menyatakan cinta itu buta...persoalannya pada tanggapan apa? Buta itu sebenarnya mungkin kerana cinta itu hadir pada setiap hati tanpa dipinta dan bukanlah butanya cinta kerana kita tidak dapat membezakan antara mimpi dan realiti. Di mana bahagianya bercinta? Pada saat kita romantis kita sering alpa kerana ketika itu kita meletakkan impian dan pengharapan terlalu tinggi “ideal” (bersifat sempurna). Bagi kita pasangan kita itulah yang sangat layak membahagiakan kita? Pernahkah kita memikirkan soal “tidak ada yang sempurna dan baik selain Allah” dan setiap insan pasti ada kekurangan dan kelemahan? Justeru kita lah yang buta dalam konsep ini kerana terbuai oleh desakan naluri “nafsu” tanpa memikirkan persoalan tadi dan bagaimana peranan kita dalam bercinta.....

.......bersambung......