Fandi
  • ...semalam yang ditinggalkan, hari ini yang kuhadapi dan esok yang kuharapkan menjanjikan pelbagai pengalaman indah malah juga membuatkan diri ini semakin mengerti tentang keasyikan muhasabah dan melihat ketinggian nilai yang hakiki....
    Lantaran itu, terusik hati untuk terus berbicara dan berbicara lagi tentang sesuatu dari lubuk hati... demi mencari erti pada hakikat kesucian hati...
Fandi
Sering diharapkan sesuatu akan berlaku mengikut apa yang kita impikan. Namun bukanlah suatu yang mudah apabila semua itu berlaku di luar kawalan kita. Hakikatnya sedarlah kita bahawa diri kita ini hamba yang tercipta dengan seribu macam kelemahan. Apa yang kita cari sebenarnya suatu yang terlalu ideal dan apa yang kita temui hanyalah suatu realiti dari sebuah kehidupan... maka yang terindah bukan bererti terbaik buat kita...yang terbaik pula bergantung kepada cara kita melihat dan meletakkan nilai padanya... jadikanlah apa yang kita miliki hari ini sebagai yang terbaik sekalipun bukan yang diharapkan. Apa yang penting kita tidak terpinggir dalam mengutip pengalaman dari sebuah perjalanan kehidupan. Tak perlu dilihat pada apa yang difikirkan insan lain tentang kita atau mengharapkan kita dimuliakan kerana kita takkan mampu menjadi insan lain dan bahagia dengan puji-pujian...Kita pasti bahagia pada apa yang bersifat benar dan nyata. Kemuliaan pula hak mutlak Allah s.w.t.
Fandi
"Yang sebenarnya"...... suatu penyataan yang terhasil setelah kata terkota atau bukti menjadi realiti......"Yang sebenarnya" sering terungkap dalam kata penjelasan pada sesuatu peristiwa atau mungkin dalam bentuk non-verbal. Apapun, semua ini sering dihubungkaitkan dengan nilai kejujujuran dan keikhlasan.....
Daripada tinjauan beberapa pendapat umum...."kejujuran dan keikhlsan" dilihat sebagai sesuatu yang sukar dletakkan piawaian ( infiniti ).... Lantaran itu, ada yang berkata "tak guna dan tak perlu nak jujur dan ikhlas....
Tapi bagi hati ini.... masih mahu melihat hakikat "yang benar itu sebagai benar, yang salah itu satu kesilapan"......biarlah terhukum diri di mata kejujuran asal bahagia dihujung penderitaan.
Fandi
andai engkau jauh,
abadikan zaman mesra,
sewaktu kita bersama,
berjalan menyusur senja merah....senja merah.

masa telah berlalu.....
dan kita kian jauh,
impian terkubur layu,
namun kenangan bersamamu,
masih menyala... memberi ilham
untuk bicara ini

hantarkanlah suaramu
supaya ombak rindu ini
tenang kembali seperti dahulu...

Kekasih,

coretan di jiwa
di hapus ombak masa,
pantai dan laut tetap mejadi saksi

andai ku ulangi
sejarah hidupku ini
akan ku pilih
waktu bersamamu

Kekasih......


olahan dari zubir06.
Fandi
....Semalam yang berlalu memberi seribu erti pada pengalaman serta kenangan dalam kehidupan kita... Hakikatnya kita perlu lalui setiap detik dari kenangan itu dan belajar membina keunggulan diri untuk melihat warna-warna kehidupan..... Semakin utuh dan teguh hati bertahan melayari dan melayani kesayuan itu akan menjadi penawar untuk kita melihat nikmat dan rahmat dari ilusi kehidupan ini..... Kita perlu sedar dan akui, bukan cuma kita yang mengalami mimpi misteri.....cuma kita tidak pernah melihat atau bertanya pada hati-hati yang tersia di sana kerana hampa pada sebuah pengharapan....Hidup bukan untuk satu makna. Cuma kita perlu sedar bagaimana bahagia boleh terjelma dari kesucian hati dan redha Illahi.

Siapa yang tak pernah menangis
di hujung setiap ketawa dan lupa,
siapakah di antara kita
yang memalingkan muka
ketika mendengar kalimah
TUHAN?

Banyak bakti yang dapat diberi,
sepanjang hidup yang sesingkat ini,
Lautan manusia berombak nafsu,
Kebenaran terdampar di pantai kecewa,

Airmata bagai mutiara
Apakah itu rasa keinsafan,
Rintihan dari hati yang rindu,
Apakah itu hakikat cintamu....

Zubir.....06
Fandi
....lumrah kehidupan pada satu pencarian.....

Andai esok masih ada pasti mentari akan memancarkan sinarnya.....!!!
Kehidupan adalah suatu perjuangan.... kita umpama saudagar dalam sebuah pelayaran jauh... selagi bahtera belum karam dan layar utuh berdiri...nakhoda tidak perlu bermimpi misteri.

Bicara teman "...sepi itu suatu nikmat yang perlu dihayati, daripada kesepian itulah kita dapat melihat diri dan kebenaran pada nilai keinsanan..." Yeop.

Kita saudagar pada produk yang diperlukan oleh mereka yang memerlukan, maka memberilah pada yang memerlukan....." Lumrah kehidupan pada erti pencarian" Zoo

"Anda adalah diri anda, kehidupan perlu melihat kepada realiti dan kematangan menjadikan anda melihat kehidupan dalam pelbagai peranan"...Ima

"Kita berada dalam kebenaran selagi kita ikhlas dan jujur" Afindi



......Buat teman-teman kini haluanku telah terarah perjalanan ku kembali bermula... buat kalian terima kasih atas segala sokongan......
Fandi
.......terkasima hati pada erti CINTA...!!!.


“Semalam telah lama pergi, namun memori tetap menggamit rasa menghiasi kamar hati di kala sepi....mungkin dulu sapaannya menjadi mimpi misteri, namun kini hadirnya bagai ilusi hati yang indah dan memberi makna untuk di zahirkan pada pengorbanan hakiki....melihat dunia sebagai dunia dan melihat bahagia adalah anugerah abadi.

Tidak kufahami erti hadirnya cinta, hadirnya bila dan bagaimana ia terjelma. Namun apa yang kurasa bila berjumpa terasa kaku dan lidah menjadi kelu, bila berjauhan terasa rindu, di saat ku ditinggal pergi sayu dan sepi bertali arus mengunjug hati....hanya airmata perawat luka...”

Inilah di antara “bicara keramat” mangsa korban cinta....

Pesanan dari seorang sahabat buat diriku., berpaksilah pada kebenaran diri pada apa yang kau cari dan pada apa yang kau mampu berikan.
Andai hari ini diri mu kecewa...kerana sebuah cinta...nikmatilah keindahan daripada kesedihan itu....layanilah kesedihan itu dengan ketabahan hati kerana ianya akan menjadi bukti pada diri siapa kita yang sebenarnya pada diri seniri, siapa kita di sisi insan lain dan siapa kita di sisi Tuhan Maha Yang Pengasih dan Penyayang...

Jangan biarkan diri kita terus musnah kerana duka yang sementara, kerana itu hanya bicara Tuhan buat kita tentang erti KESABARAN, KETULUSAN, KEJUJURAN dan KEIKHLASAN....

Bukan cuma kita yang kecundang.....lihatlah di luar sana, jarang sekali ada insan yang bahagia dengan cinta pertama. Malah cinta kedua, ketiga atau terus-terusan berduka jua ada...buktinya lagi terlalu banyak lagu duka tercipta,...maknaya banyak hati yang telah hancur kerana cinta. Lantaran persoalannya siapa dan di mana kita? Mengapa terus berduka....pada impian semalam?

Kita teramat kecewa bila meletakkan impian hidup bersama “perkahwinan” sebagai lambang kebahagian. Namun itu bukan suatu kepastian yang nyata andai kita abaikan soal peranan dan tanggungjawab kita ke arah itu. Malah kita juga perlu melihat halangan dan kekangan yang mungkin kita hadapi sebelum, semasa dan selepas impian itu terlaksana. Sekurang-kurangnya kita dapat mengawal diri agar meletakan cinta berdiri pada landasan sebenar “berpijak di bumi nyata”.

.......bersambung......
Fandi
.......CINTA beda antara “Racun dan Madu”

Sepertimana dibicarakan sebelum ini bahawa perasaan cinta hadir tanpa dipinta kerana cinta terjelma seawal dunia bermula...dan kita sebagai insan tercipta pasti menerimanya sebagai suatu anugerah dan amanah untuk menjadikannya sumber dalam merealisasikan kehidupan di dunia sebagai ibadah dan menikmati bahagia yang abadi diakhirat nanti...

Falsafah cinta......Cinta itu umpama virus.Bagi yang dihinggapi sekalipun merasa kesakitan namun tidak pula cuba dijauhinya. Kerana cinta dunia terjelma. Bagi merekayang belayar di dalambahtera cinta perlu bijak menjadi nakhoda agar tidak karam di lautan sepi....

Pahitnya cinta andai kita terluka dan kecewa....hadirnya juga tanpa diundang, namun bukan semua yang pahit itu duka malah mungkin ada permata yang perlu digilap untuk dilihat “Nur” dariNya. Cinta menjadi racun andai kita sandarkan semua ikatan pada dasar runtunan hawa nafsu dan mempersoalkan tentang untung dan rugi.... “memeterialkan cinta”.....Kita mungkin bahagia pada awal dan semasa perhubungan berjalan. Tapi kita lupa bahawa ikatan yang sempurna juga perlukan rasa kebertanggungjawaban, ketulusan, kejujuran, keikhlasan dan redha serta rahmat Illahi...

Mungkin ada insan yang berasa seronok dengan keistimewaan yang ada pada dirinya, lantaran kesempatan itu diperguna untuk menikmati keindahan hidupnya tanpa memikirkan kehancuran hati insan lain yang diperdayainya....Namun awas “nasib tidak selalu memihak kepada kita”, “panas tidak hingga ke petang” dan “fajar juga pasti terbenam”. Maka kembalilah kita pada kebenaran cinta agar dunia tercipta bukan sekadar pentas untuk bersandiwara dan bercengkarama yang akhirnya menjadikan diri diburu kehampaan dan kegelisahan kerana dosa semalam yang telah berlalu tetapi sebaliknya menjadi landasan kepada menggapai bahagia berpanjangan dan abadi.

.......bersambung......

Fandi
Mengapa perlu ada perasaan sedih dan gembira?
Adakah gembira itu semuanya bahagia dan sedih itu derita?
Mengapa kita sedih dan gembira?

Dalam menyusuri denai kehidupan kita pasti tidak lari daripada berbicara tentang soal hati dan perasaan. Perasaan cinta, kasih dan sayang akan hadir di ruang hati kita tanpa dipinta. Hakikatnya apablia perasaan itu tersemai di hati maka akan tumbuh dan berkembanglah ianya.
Andai kita tidak punya konsep dan pegangan yang jelas tentang kehidupan pasti kita akan terumbang-ambing dilambung badai kehidupan ini dan pasti jua kita akan terdampar kesepian merintis nasib pada pencarian erti sebuah kebahagian.

Bahagia yang dicari adalah “nikmat dan rahmat” daripada Illahi. Sesungguhnya nikmat dan rahmat itu tidak pula diletakkanNya pada dahan yang rapuh dan mudah untuk digapai tanpa cabaran dan dugaan. Realiti kehidupan membuktikan bahawa sesuatu yang sukar dimiliki akan lebih bermakna dan dihargai… Maka tidak hairanlah jika kita perlu menempuhi pelbagai ujian dan cabaran dalam mengejar bahagia kehidupan,

Bukan perkara baru untuk difikir atau dibicarakan. Cuma mungkin kita berfikir dengan cara kita, bila gembira kita bicara tentang gembira dan bahagia. Bila sedih kita berbicara tentang luka dan kecewa.

Apa yang ingin saya kongsikan bersama di sini adalah pandangan tentang beberapa isu yang menjadi tema utama bagi kelompok remaja matang dan pertengahan usia yang pastinya sangat aktif dalam usaha membina kehidupan. Sering kita dengar tentang gosip dan konflik kehidupan. Misalnya keruntuhan ahlak dan moral, dendam cinta, keberantakan rumah tangga malah wujud permasalahan jenayah. Semua ini saya hubungkan dengan isu CINTA, KASIH dan SAYANG sebagai dasar bicara.

Fokus utama adalah soal CINTA dan kehidupan BAHAGIA.

Ramai yang berkata, indahnya dunia percintaan....saya juga tidak menafikan malah amat menyetujui hakikat itu. Tapi ramai juga yang menyatakan cinta itu buta...persoalannya pada tanggapan apa? Buta itu sebenarnya mungkin kerana cinta itu hadir pada setiap hati tanpa dipinta dan bukanlah butanya cinta kerana kita tidak dapat membezakan antara mimpi dan realiti. Di mana bahagianya bercinta? Pada saat kita romantis kita sering alpa kerana ketika itu kita meletakkan impian dan pengharapan terlalu tinggi “ideal” (bersifat sempurna). Bagi kita pasangan kita itulah yang sangat layak membahagiakan kita? Pernahkah kita memikirkan soal “tidak ada yang sempurna dan baik selain Allah” dan setiap insan pasti ada kekurangan dan kelemahan? Justeru kita lah yang buta dalam konsep ini kerana terbuai oleh desakan naluri “nafsu” tanpa memikirkan persoalan tadi dan bagaimana peranan kita dalam bercinta.....

.......bersambung......
Fandi
Amalan Positif
Menganggap kerja sebagai ibadat
Mempunyai inisiatif sendiri
Menghasilkan sesuatu yang berfaedah
Mempunyai komitmen terhadap kerja
Sedia memberi kerjasama



Amalan Negatif
Menganggap kerja sebagai beban
Tidak komited
Sentiasa mengharap dorongan oleh ketua
Tidak diberi masa yang mencukupi
Kerja tidak diiktiraf
Hanya menunggu arahan
Tidak berdisiplin
Tidak suka menolong
Tidak diberi tanggungjawab yang mencabar
Tiada peluang untuk meningkat
Tidak dipercayai dan selalu dicurigai
Labels: 0 comments | edit post
Fandi
Assalamualaikum, buat teman-teman seperjuangan di SK SEMANTAN ULU.
Khabar yang ku terima...mendambakan kerinduan pada saat menghadapi cabaran kita sebagai warga pendidik di sana. Jangan lepaskan peluang ini... rakamkanlah setiap detik peristiwa yang di alami agar suatu hari akan menjadi kenangan bersama kita nanti. Walaupun di kejauhan ini ku tetap bersama kalian mengahayati saat cabaran yang mendatang..... segala yang berlaku ada hikmah dan rahmatNya...,InsyaALLAH.
Fandi
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan terusik dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi
kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering berselawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak
bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,
lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.

%%%%%%%%%%%%%%%%%
Fandi
Sometimes we let affection go unspoken,

Sometimes we let our love go unexpressed,

Sometimes we can't find words to tell our feelings,

Especially towards those we love the best.


Scared to Love You

Wanted to love you,

But I was just too scared.

Haunted by the past,

That always seemed to reappear.

I tried my best to run and hide,

But I just couldn't get you off my mind.

Should I give love a second chance?

Or am I just wasting my time?

You promised you were different,

But so did the rest.

Then you looked into my eyes,

And I knew you had passed the test.

So I took a chance,and fell deeply in love.

Maybe this is what I've been looking for,

That special kind of love from above.

God, how can this be true?Everything is happening so fast.

But something keeps telling me,

I've found true love at last.




Bukan LAUT jika airnya tak berombak dan bergelora,

Bukan CINTA jika perasaan tak terluka dan kecewa,

Bukan SAHABAT jika hati tak rindu dan sayang...
************************


OH TUHAN SEANDAI
TELAH KAU CATATKAN
DIA MILIKKU, , TERCIPTA UNTUKKU
SATUKAN HATINYA
DENGAN HATIKU
TITIPKANLAH KEBAHAGIAAN

YA ALLAH KU MOHON
APA YANG TELAH KAU TAKDIRKAN
KUHARAP DIA ADALAH YANG TERBAIK BUAT DIRIKU
KERANA ENGKAU TAHU
SEGALA ISI HATIKU
PELIHARAKANLAH DAKU
DARI KEMURKAANMU


YA TUHANKU
YANG MAHA PEMURAH
BERIKU KEKUATAN
JUA HARAPAN
MEMBINA DIRI
YANG LESU TIDAK BERMAYA


SEMAIKAN SETULUS KASIH DIJIWA
KU PASRAH PADAMU
KURNIAKAN AKU
PASANGAN BERIMAN
YANG BISA MENEMANI AKU
SUPAYA AKU DAN DIA
DAPAT MELAYARI BAHTERA
KE MUARA CINTA
YANG ENGKAU REDHAI


YA ALLAH KU MOHON
APA YANG TELAH
KAU TAKDIRKAN
KUHARAP DIA ADALAH
YANG TERBAIK BUAT DIRIKU
KERANA ENGKAU TAHU
SEGALA ISI HATIKU
PELIHARAKANLAH DAKU
DARI KEMURKAANMU


YA TUHANKU
YANG MAHA PENGASIH
ENGKAU SAJA PEMELIHARAKU
DENGARKANLAH
RINTIHAN HAMBA INI
JANGAN ENGKAU BIARKAN
AKU SENDIRI
AGAR AKU BISA BAHAGIA
WALAU TANPA BERSAMANYA


GANTIKANLAH YANG HILANG TUMBUHKANLAH YANG PATAH
KU INGINKAN BAHAGIA
DI DUNIA DAN AKHIRAT
PADAMU TUHAN
KU MOHON SEGALANYA...





Doa Perpisahan



Pertemuan…
Kita di suatu hari
Menitikkan ukhuwah yang sejati
Bersyukur ku keharat Illahi
Di atas jalinan yang suci

Namun kini….
Perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetapkan pergi jua

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah, bantulah hambamu

Mencari hidayah daripadamu
Dalam mendidik kesabaranku
Ya Allah tabahkan hati hambamu
Di atas perpisahan ini.

…….. “Teman, betapa pilunya hati ini...
menghadapi perpisahan ini……..
Pahit manis perjuangan telah kita rasai bersama…
Semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini…
Teruskan perjuangan…..

Kan kuutuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah, bantulah hambamu

Senyuman yang tersirat dibibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenang daku dalam doamu

Semoga….
Tuhan memberkatimu…
Fandi




My companion,


through good times and bad


my friend,


my buddy,


through happy and sad,


beside me you stand,


beside me you walk,


you're there to listen,

you're there to talk,

with happiness,


with smiles,


with pain and tears,


I know you'll be there,


throughout the years!
Fandi
"Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka".- Charles Cahier

"Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah".- Philip Massinger

" Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang".- Cecil B. DeMille

Kepentingan “ Matlamat”

● Mencapai CITA-CITA diri
● Asas menyalurkan tenaga USAHA
● Meningkatkan KEYAKINAN diri
● Menjadikan kehidupan anda lebih CEMERLANG
● Tunjang sikap POSITIF

Keperluan dalam memburu “ Matlamat”

Ketakwaaan
Kesungguhan
Kesabaran

Langkah merancang “Matlamat”

● Tentukan apa yang anda benar-benar inginkan
● Tuliskan matlamat anda
● Matlamat anda seharusnya tepat
● Ada jangka masa untuk mencapainya….jangkamasa pendek, sederhana dan panjang.



“Nilai orang cemerlang semahal nilai matlamatnya”
Fandi
When things go wrong as they usually will,
When the track you're climbing feels all uphill,
When you're salaries are low and your debts are too high;
You would want to smile but you'd have to sigh.
When care is making you down a bit,
Rest if you need to but do not quit.
Life is hard with its own twists and turns,
As sometimes everyone of us learns.
When many a failure turns inside out,
When you could have won if you had turned about.
Do not give up even when steps are slow,
You just may succeed with another blow.
Success comes from failure on the inside to out,
With that silver tint in the clouds of doubt,
You may never tell how close you are,
It could be near even if it feels so far,
So stick to with your greatest, strongest and hardest hit,
It's when things seem worse that you should not quit!
Fandi

POTENSI MINDA
Potensi Minda ialah keupayaan seseorang untuk meningkatkan fungsi dan menggunakan kuasa pemikiransecara terancang dan maksimum.

Kajian menunjukkan manusia hanya menggunakan kurang dari 10 % keupayaan mindanya.

Kita adalah natijah dari apa yang kita fikirkan tentang diri kita

Anugerah Allah yang paling berharga
Ramai yang tidak menghargainya kerana tidak menggunakan atau menggunakan kepada perkara yang betul.
Ia boleh dilatih dan diajar.
Ramai orang yang berjaya kerana mempunyai minda yang mantap.
Cara berfikir perlu dididik dan boleh dibentuk dari masa ke semasa.

KEHEBATAN OTAK

Orang yang jarang berfikir, paling minima mempunyai 10,000,000,000 sel otak (10 Ribu juta)
Orang yang rajin berfikir mempunyai sehingga 1,000,000,000,000(1 ribu bilion / trilion)
Setiap sel otak mempunyai kebolehan seperti satu komputer besar (Alexender Rich, Profesor of Biopyysics)

AKTIFKAN MINDA ANDA

Banyakkan membaca
Dalam AL-Quran banyak ayat-ayat yang mengajak manusia supaya berfikir….
Banyak bergaul dengan orang lain
Berfikir secara logiik, sistematik, kritis, dan analitikal
Fikiran perlu jelas dan diasah
Mengamalkan pemakanan seimbang
Latihan fizkal
Meditasi

BAGAIMANA OTAK BERFUNGSI

Gelombang Beta ( ß )Bergetar antara 13-29 Hz, sesaat.Berada dalam keadaan ini sewaktu menyelesaikan masalah atau penuh kosentrasi. Boleh meningkat ke tahap tinggi sehingga stress. Contoh : memandu dalam kesesakan
Sudahkah anda bersedia untuk meningkatkan potensi otak anda ?
Bagaimana mahu meningkatkan keupayaan otak anda…?
Bagaimana anda mahu menambah sel-sel yang berkualiti..?
Bagaimana mahu memaksimumkan penggunaan gelombang otak ??

Cabar minda anda sekarang…..!!!!! Cuba fikirkan…dalam 2 minit

“MENGHITUNG ITIK”

Ada beberapa ekor itik sedang berenang di sebuah kolam. Seekor itik berenang di tengah dua ekor itik. Dua ekor itik berenang di belakang seekor itik. Seekor itik berenang di kiri dua ekor itik. Berapa ekor itik yang sedang berenang itu ?

FUNGSI OTAK

Korteks Otak Besar : Mengawal kepekaan dan kemahiran pergerakan tangan, pertuturan, pembelajaran dan pemikiran

Sistem Limbic : Mengawal perlakuan semula jadi, daya seks keseronokan, marah, takut

Saraf Otak : Mengawal fungsi utama pernafasan, pencernaan dan aliran darah

CEMERLANGKAN OTAK
Positive mental attitude & positive physical action.
Air-clean air for the brain.
Mental Challenges for the brain.
Food for the brain.
Exercise for the brain.
Sleep for the brain.
Meditation & power brain

Dipetik dari slide...siri motivasi kaunselor.

Fandi
“The cost is long forgotten but the Quality is remember forever.....”


JUARA
Jika anda mahu dapat keputusan sebagaimana juara dapat, pertama sekali anda mesti berfikir seperti juara.

ANTON CHEKHOV (1860-1904)
MANUSIA IALAH
APA YANG DIA PERCAYA.
APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA !
Anda mengubah kepercayaan anda.
Apabila anda mengubah kepercayaan anda.
Anda mengubah jangkaan anda.
Apabila anda mengubah jangkaan anda.
Anda mengubah sikap anda.
Apabila anda mengubah sikap anda.
Anda mengubah tabiat anda.
Apabila anda mengubah tabiat anda.
Anda mengubah prestasi anda.
Apabila anda mengubah prestasi anda
Anda mengubah kehidupan anda.


Norman Vincent Peale.
UBAHLAH PEMIKIRAN ANDA, MAKA ANDA AKAN MENGUBAH DUNIA ANDA..
Benedict Spinoza(1632-77)
Selagi seseorang itu mengimaginasikan bahawa dia tidak boleh melakukannya, selagi dia menentukan tidak melakukannya, maka akibatnya mustahil baginya untuk melakukannya.

-- Norman Vincent Peale
"People become really quite remarkable when they start thinking that they can do things. When they believe in themselves they have the first secret of success."
-- William Durant
"Forget past mistakes. Forget failures. Forget everything except what you're going to do now and do it."

--Confucius
If you love what you do, you will never work another day in your life."

-- Max DePree
"We cannot become what we need to be by remaining what we are."

-- Ralph Waldo Emerson
"Nothing great was ever achieved without enthusiasm."


"If you want to know your past - look into your present conditions. If you want to know your future - look into your present actions."
-- Carl Bard
"Though no one can go back and make a brand new start, anyone can start from now and make a brand new ending."
-- Mark Twain
"Keep away from people who try to belittle your ambitions. Small people always do that, but the really great make you feel that you, too, can become great."
-- Edward De Bono
"If you never change your mind, why have one?"
-- Thomas Jefferson
"Nothing on earth can stop the man with the right mental attitude from achieving his goal; nothing on earth can help the man with the wrong mental attitude"

-- Leo Bascaglia
"The most painful thing to experience is not defeat but regret"

-- Larry De Angelo
"Life is like a grinding stone - it can polish you or pulverize you - depending on how you position yourself"
-- Elbert Hubbard
"The greatest mistake you can make in life is to be continually fearing you will make one."
-- James Allen
"You are today where your thoughts have brought you; you will be tomorrow where your thoughts take you."
-- Unknown
"You start with a bag full of luck and an empty bag of experience. The trick is to fill the bag of experience before you empty the bag of luck. Good judgment comes from experience. Unfortunately, the experience usually comes from bad judgment."

-- Nido Qubein
"The trouble with many plans is that they are based on the way things are now. To be successful, your personal plan must focus on what you want, not what you have."
- Viktor Frankl
"Challenging the meaning of life is the truest expression of the state of being human."

-Sigmund Freud
"The most complicated achievements of thought are possible without the assistance of consciousness."

-Bill Lear
"One of the unfortunate things about our education system is that we do not teach students how to avail themselves of their subconscious capabilities."

-Albert Einstein "Everything must be made as simple as possible but not one bit simpler."
Labels: 0 comments | edit post
Fandi
Hidup ini umpama suatu pelayaran, selagi layar dikembangkan, kita sentiasa menghadapi rintangan dan dugaan disepanjang perjalanan…

Untuk meneruskan perjalanan hidup, ada ketika caranya perlu berubah lantaran halangan yang merintang”

“…Bahan-bahan ujian Allah kepada manusia itu merangkumi dua coraknya: iaitu kebaikan dan keburukan. Kebaikan atau keburukan, kesenangan atau kesusahan, kenikmatan dan penderitaan, kegembiraan atau kedukaan, kesemuanya adalah ujian Allah ke atas hambanya”.



Apakah Stres/Tekanan ?

Ditakrifkan sebagai sesuatu yang dirasai sebagai tidak enak serta membebankan diri kita, diikuti dengan pelbagai perasaan yang tidak menggembirakan.

Bagi insan kita pasti…
Tertekan dengan masalah kerjaya….?
Hubungan dalam keluarga …?
Menghadapi masalah tidur atau pun tidur yang tidak lena?
Merasa bimbang tentang masa depan ….?
Merasa tertekan untuk membahagi masa seharian …?
Kerap merasa kurang bertenaga dan sentiasa mengantuk ?
Sentiasa tidak cukup masa untuk menyiapkan keja dalam masa yang singkat
Malah ada seribu satu macam masalah yang mungkin terpaksa kita fikir dan hadapi...


Strategi menguruskan Stress

STRATEGI 1
Membuat semakan tentang tahap stres anda
dan Memahami punca-punca dan kesan stres stres

STRATEGI 2
Mengenal pasti teknik bagi mengurus stres anda

STRATEGI 3
Menjadikan stres sebagai sumber motivasi

STRATEGI 4
Mengguna pakai teknik pengurusan stres

Mengenalpasti masalah
Mempelbagai segala bentuk kemungkinan
Menilai setiap kemungkinan
Memilih alternatif terbaik
Merancang bentuk tindakan
Menilai kekuatan dan kelemahan

Antara punca-punca
Sifat Peribadi
Mementingkan kesempurnaan (Perfetionist) & terlalu cerewet
Bercita-cita tinggi
Bersikap buruk sangka, mengumpat, bergaduh dan mengadu domba
Pemarah dan terlalu tegas
Pendiam dan sering memendam perasaan
Kekecewaan dan kegagalan
Kesunyian dan kehilangan

Keluarga
Kerenah pasangan/ibubapa/anak-anak
Campur tangan orang ketiga
Kurang berkomunikasi
Masalah kewangan

Tempat Kerja
Beban tugas yang berat
Ketua yang cerewet
Masalah orang bawahan
Sukar membuat keputusan
Pencapaian kumpulan sasaran merosot
Masalah rakan sekerja
Persekitaran tempat kerja

Bagi golongan pelajar...
Prestasi akademik
Kemahiran belajar
Persediaan belajar kurang
Harapan ibu bapa/ keluarga
Masalah dengan rakan
Sukar membuat keputusan
Persekitaran
Beban tugasan oleh guru

Faktor lain yang mungkin...
Bahan Kimia
Pengambilan ubat-ubatan
Dadah/ rokok
Alkohol
Masalah Kesihatan
Sakit kepala
Sakit belakang
Penyakit kulit
Darah tinggi
Sembelit

Kesan dari Stress
Konflik Diri (Negatif)
Putus asa
Membenci orang lain
Buruk sangka
Mengumpat
Merasa diri dibenci
Pesimis
Tidak berupaya membuat keputusan
Sedih dan kecewa
Cepat letih
Potensi Diri (Positif)
Memperbaiki Kelemahan
Melahirkan daya kreatif
Meningkatkan keyakinan diri,
dapat muhasabah diri.
Meningkatkan prestasi
Mematangkan fikiran
Lebih bertanggungjawab dan membaiki kelemahan

Tips kaedah menguruskan Stress

Kenal pasti masalah yang menyebabkan anda stress
Kenal pasti dan ambil langkah-langkah mengatasi masalah stress
Tidak putus asa dengan usaha yang dilakukan
Jangan menyalahkan orang lain – ini akan meningkatkan stres
Meluahkan perasaan kepada orang yang dipercayai
Memupuk disiplin diri – bersikap jujur pada diri sendiri dan mengakui kesilapan dan kelemahan diri
Menjauhi diri dari orang yang boleh meyebabkan anda stress
Amalkan cara hidup sihat – jaga diet anda
Berpegang teguh dengan ajaran agama. Ia akan memberi ketengangan dan kedamaian dalam hidup anda
Berkawan dengan orang-orang yang berfikiran positif
Berpegang kepada landasan “bukan semua matlamat akan berhasil dengan sempurna, tetapi kita sentiasa berusaha ke arah kesempurnaan”
Bersikap optimis – berfikiran positif dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan

Tips mengurangkan Stress
Rehatkan diri anda mengikut keselesaan anda
Mendengar muzik atau beriadah
Gunakan teknik aroma therapy – wangi-wangian
Jaga kesihatan mental dan fizikal anda
Lakukan senaman dan urutan pada leher dan bahu
Pastikan anda sentiasa tersenyum dan ceria
Genggam jemari anda dengan kuat dan buka genggaman serentak dengan hembusan nafas
Rasionalkan diri- Tidak ada seorangpun yang terkecuali dari menghadapi masalah
Maafkan kesalahan orang- orang yang menyebabkan anda tertekan
Perbanyakkan minum air mineral/suam
Makan makanan yang mengandungi vitamin C

Petua Meditasi
Duduk diam di dalam keadaan selesa tanpa gangguan
Tutupkan kedua-dua belah mata
Relekskan otot-otot, daripada kaki hingga ke muka anda.
Bernafaslah melalui hidung dandengan perlahan-lahan, cuba rasa bagaimana udara memasuki lubang hidung, sebaik-baik sahaja hembuskan nafas melalui hidung, sebut ‘satu’(tarik dan hembuskan nafas secara perlahan-lahan), dan diulangai secara perlahan-lahan.
5. Biarkan fikiran ‘ menjelajahi’ atau ‘menerokai alam semesta ini,fikirkan
sesuatu yang indah dan enak serta mengasyikkan.
6. Sebaik-baik sahaja anda ‘sedar’ akan penerokaan fikiran anda, kembali
semula kepada ransangan asal, iaitu perkataan ‘satu’, ‘ satu’ dan ‘satu’
7. Selepas beberapa ketika, duduk diam dan perlahan buka mata anda
sekiranya anda merasa releks, ringan dan tenang.
Ulangi langkah-langkah 1-7 jika perlu. (perkataan ‘satu’ boleh diulangi
dengan nama ‘Allah”).

Sekali – sekala pergi bercuti
Kunjungi tempat-tempat yang manarik
Dengan merehatkan diri bersama keluarga sekurang-kurang dapat mengembalikan semangat untuk bekerja
Perbanyakkan aktiviti agama
Menangis untuk menstabilkan emosi
Berdoa dan terus berusaha


Pemikiran yang tidak rasional
“Saya mesti kelihatan sempuna dan berjaya setiap masa”
Mesti dirombak kepada:

“Saya berusaha meminimumkan kesilapan dan akan melakukan yang terbaik untuk berjaya”
Dijadikan ayat baru:
“Apabila berpeluang, saya melakukan yang terbaik. Tetapi apabila ia berlaku, saya hanyalah manusia. Saya merasa gembira apabila saya berjaya dalam sesuatu aktiviti, tetapi sekiranya saya mencapai 65-75% daripada maksud atau matlamat yang ingin dicapai, saya berpuashati dan akan berusaha dengan lebih kuat di masa akan datang”.

“Sewaktu kekusutan fikiran, tenangkan perasaan, jauhkan pemandangan ke ufuk jauh yang membawa harapan”.

Kegelapan ada Lima macam dan Lampu baginya pun ada lima macam:


Percintaan dunia adalah gelap dan lampunya ialah takwa
Segala rupa maksiat adalah gelap dan lampunya adalah taubat
Kubur adalah gelap dan lampunya ialah ibadat.
Akhirat adalah gelap dan lampunya ialah amalan yang soleh.
Jambatan akhirat adalah gelap dan lampunya ialah yakin.


Yang pipeh tidak dating melayang,
Tidak datang bergolek,
Akal tidak sekali datang ,
Runding tidak sekali tiba.

Betapa indahnya jika kita dapat melihat apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita daripada apa yang kita lihat itu sebagai “ bicara Allah buat hambaNya tentang makna KESABARAN, KEIKHLASAN dan KEJUJURAN serta KETULUSAN HATI . Justeru di sini jualah kita dapat melihat betapa tinggi dan sucinya nilai cinta Allah…

Pujangga ada menyatakan;

Jika hati yang baik diserah kepada kekasih ( insan ) nescaya hati itu akan terluka atau hancur. Namun sekiranya hati yang terluka dan hancur diserah kepada Allah pasti akan terawat dan kembali pulih dan bahagia.
Fandi

Hidup ini umpama suatu pelayaran, selagi layar dikembangkan, kita sentiasa menghadapi rintangan dan dugaan disepanjang perjalanan…

Untuk meneruskan perjalanan hidup, ada ketika caranya perlu berubah lantaran halangan yang merintang”

“…Bahan-bahan ujian Allah kepada manusia itu merangkumi dua coraknya: iaitu kebaikan dan keburukan. Kebaikan atau keburukan, kesenangan atau kesusahan, kenikmatan dan penderitaan, kegembiraan atau kedukaan, kesemuanya adalah ujian Allah ke atas hambanya”.



Apakah Stres/Tekanan ?

Ditakrifkan sebagai sesuatu yang dirasai sebagai tidak enak serta membebankan diri kita, diikuti dengan pelbagai perasaan yang tidak menggembirakan.

Bagi insan kita pasti…

Tertekan dengan masalah kerjaya….?
Hubungan dalam keluarga …?
Menghadapi masalah tidur atau pun tidur yang tidak lena?
Merasa bimbang tentang masa depan ….?
Merasa tertekan untuk membahagi masa seharian …?
Kerap merasa kurang bertenaga dan sentiasa mengantuk ?
Sentiasa tidak cukup masa untuk menyiapkan keja dalam masa yang singkat
Malah ada seribu satu macam masalah yang mungkin terpaksa kita fikir dan hadapi...


Strategi menguruskan Stress

STRATEGI 1
Membuat semakan tentang tahap stres anda
dan Memahami punca-punca dan kesan stres stres

STRATEGI 2
Mengenal pasti teknik bagi mengurus stres anda

STRATEGI 3
Menjadikan stres sebagai sumber motivasi

STRATEGI 4
Mengguna pakai teknik pengurusan stres

Mengenalpasti masalah
Mempelbagai segala bentuk kemungkinan
Menilai setiap kemungkinan
Memilih alternatif terbaik
Merancang bentuk tindakan
Menilai kekuatan dan kelemahan

Antara punca-punca
Sifat Peribadi
Mementingkan kesempurnaan (Perfetionist) & terlalu cerewet
Bercita-cita tinggi
Bersikap buruk sangka, mengumpat, bergaduh dan mengadu domba
Pemarah dan terlalu tegas
Pendiam dan sering memendam perasaan
Kekecewaan dan kegagalan
Kesunyian dan kehilangan

Keluarga
Kerenah pasangan/ibubapa/anak-anak
Campur tangan orang ketiga
Kurang berkomunikasi
Masalah kewangan

Tempat Kerja
Beban tugas yang berat
Ketua yang cerewet
Masalah orang bawahan
Sukar membuat keputusan
Pencapaian kumpulan sasaran merosot
Masalah rakan sekerja
Persekitaran tempat kerja

Bagi golongan pelajar...
Prestasi akademik
Kemahiran belajar
Persediaan belajar kurang
Harapan ibu bapa/ keluarga
Masalah dengan rakan
Sukar membuat keputusan
Persekitaran
Beban tugasan oleh guru

Faktor lain yang mungkin...
Bahan Kimia
Pengambilan ubat-ubatan
Dadah/ rokok
Alkohol
Masalah Kesihatan
Sakit kepala
Sakit belakang
Penyakit kulit
Darah tinggi
Sembelit

Kesan dari Stress
Konflik Diri (Negatif)
Putus asa
Membenci orang lain
Buruk sangka
Mengumpat
Merasa diri dibenci
Pesimis
Tidak berupaya membuat keputusan
Sedih dan kecewa
Cepat letih
Potensi Diri (Positif)
Memperbaiki Kelemahan
Melahirkan daya kreatif
Meningkatkan keyakinan diri,
dapat muhasabah diri.
Meningkatkan prestasi
Mematangkan fikiran
Lebih bertanggungjawab dan membaiki kelemahan

Tips kaedah menguruskan Stress

- Kenal pasti masalah yang menyebabkan anda stress
- Kenal pasti dan ambil langkah-langkah mengatasi masalah stress
- Tidak putus asa dengan usaha yang dilakukan
- Jangan menyalahkan orang lain – ini akan meningkatkan stres
- Meluahkan perasaan kepada orang yang dipercayai
- Memupuk disiplin diri – bersikap jujur pada diri sendiri dan mengakui kesilapan dan kelemahan diri
* Menjauhi diri dari orang yang boleh meyebabkan anda stress
* Amalkan cara hidup sihat – jaga diet anda
* Berpegang teguh dengan ajaran agama. Ia akan memberi ketengangan dan kedamaian dalam hidup anda
* Berkawan dengan orang-orang yang berfikiran positif
* Berpegang kepada landasan “bukan semua matlamat akan berhasil dengan sempurna, tetapi kita sentiasa berusaha ke arah kesempurnaan”
* Bersikap optimis – berfikiran positif dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan

Tips mengurangkan Stress
Rehatkan diri anda mengikut keselesaan anda
Mendengar muzik atau beriadah
Gunakan teknik aroma therapy – wangi-wangian
Jaga kesihatan mental dan fizikal anda
Lakukan senaman dan urutan pada leher dan bahu
Pastikan anda sentiasa tersenyum dan ceria
Genggam jemari anda dengan kuat dan buka genggaman serentak dengan hembusan nafas
Rasionalkan diri- Tidak ada seorangpun yang terkecuali dari menghadapi masalah
Maafkan kesalahan orang- orang yang menyebabkan anda tertekan
Perbanyakkan minum air mineral/suam
Makan makanan yang mengandungi vitamin C

Petua Meditasi
Duduk diam di dalam keadaan selesa tanpa gangguan
Tutupkan kedua-dua belah mata
Relekskan otot-otot, daripada kaki hingga ke muka anda.
Bernafaslah melalui hidung dandengan perlahan-lahan, cuba rasa bagaimana udara memasuki lubang hidung, sebaik-baik sahaja hembuskan nafas melalui hidung, sebut ‘satu’(tarik dan hembuskan nafas secara perlahan-lahan), dan diulangai secara perlahan-lahan.
5. Biarkan fikiran ‘ menjelajahi’ atau ‘menerokai alam semesta ini,fikirkan
sesuatu yang indah dan enak serta mengasyikkan.
6. Sebaik-baik sahaja anda ‘sedar’ akan penerokaan fikiran anda, kembali
semula kepada ransangan asal, iaitu perkataan ‘satu’, ‘ satu’ dan ‘satu’
7. Selepas beberapa ketika, duduk diam dan perlahan buka mata anda
sekiranya anda merasa releks, ringan dan tenang.
Ulangi langkah-langkah 1-7 jika perlu. (perkataan ‘satu’ boleh diulangi
dengan nama ‘Allah”).

8. Sekali – sekala pergi bercuti
Kunjungi tempat-tempat yang manarik
Dengan merehatkan diri bersama keluarga sekurang-kurang dapat mengembalikan


semangat untuk bekerja
9. Perbanyakkan aktiviti agama
10. Menangis untuk menstabilkan emosi
11. Berdoa dan terus berusaha


Pemikiran yang tidak rasional


“Saya mesti kelihatan sempuna dan berjaya setiap masa”


Mesti dirombak kepada:

“Saya berusaha meminimumkan kesilapan dan akan melakukan yang terbaik untuk

berjaya”


Dijadikan ayat baru:


“Apabila berpeluang, saya melakukan yang terbaik. Tetapi apabila ia berlaku, saya

hanyalah manusia. Saya merasa gembira apabila saya berjaya dalam sesuatu aktiviti,

tetapi sekiranya saya mencapai 65-75% daripada maksud atau matlamat yang ingin

dicapai, saya berpuashati dan akan berusaha dengan lebih kuat di masa akan datang”.



Sewaktu kekusutan fikiran, tenangkan perasaan, jauhkan pemandangan ke ufuk jauh yang membawa harapan.

Kegelapan ada Lima macam dan Lampu baginya pun ada lima macam:


Percintaan dunia adalah gelap dan lampunya ialah takwa
Segala rupa maksiat adalah gelap dan lampunya adalah taubat
Kubur adalah gelap dan lampunya ialah ibadat.
Akhirat adalah gelap dan lampunya ialah amalan yang soleh.
Jambatan akhirat adalah gelap dan lampunya ialah yakin.


Yang pipeh tidak datang melayang,
Tidak datang bergolek,
Akal tidak sekali datang ,
Runding tidak sekali tiba.

Betapa indahnya jika kita dapat melihat apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita daripada apa yang kita lihat itu sebagai “ bicara Allah buat hambaNya tentang makna KESABARAN, KEIKHLASAN dan KEJUJURAN serta KETULUSAN HATI . Justeru di sini jualah kita dapat melihat betapa tinggi dan sucinya nilai cinta Allah…

Pujangga ada menyatakan;

"... Jika hati yang baik diserah kepada kekasih ( insan ) nescaya hati itu akan terluka atau hancur. Namun sekiranya hati yang terluka dan hancur diserah kepada Allah pasti akan terawat dan kembali pulih dan bahagia..."